SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

21 April 2015

SK Felda Bukit Jalor Juara Bola Sepak Daerah Tampin 2015

Tahniah kepada pasukan bola sepak SK Felda Bukit Jalor kerana bergelar johan pertandingan bola sepak peringkat daerah Tampin tahun 2015.

Pasukan Bola Sepak SKBJ.

Kejayaan yang sangat membanggakan apabila mara ke peringkat akhir bertemu pihak lawan SK Felda Jelai 1 dengan jaringan 5 berbalas 0.

Semoga kejayaan mengharumkan nama sekolah ini sedikit sebanyak menjadi pembakar semangat kepada pasukan-pasukan yang lain untuk terus bangkit berjuang demi sekolah tercinta.
Tahniah, SKBJ!



Komen daripada penduduk setempat :


08 April 2015

Pertandingan Sahibba peringkat Daerah Tampin 2015

Sekalung tahniah diucapkan kepada adik Mohd Idham bin Zulkifli yang mewakili SK Felda Bukit Jalor dalam pertandingan sahibba peringkat daerah Tampin tahun 2015.

Pertandingan ini dikelolakan oleh tuan rumah; SK Air Kuning Selatan, Gemencheh, Negeri Sembilan.  Secara keseluruhan, wakil SKBJ memenangi tempat kelima daripada 40 orang peserta daerah Tampin yang datang daripada sekolah SK, SJKT dan SJKC.  Pencapaian ini amat membanggakan pihak sekolah kerana bukanlah satu perkara yang mudah untuk melepasi cabaran dalam setiap pusingan pertandingan.

Diharapkan kejayaan ini menjadi titik tolak kepada pencapaian pada masa akan datang.


Adik Mohd Idham bin Zulkifli menerima hadiah yang disampaikan oleh Encik M. Zamri;
fasilinus PPD Tampin.