SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

29 May 2015

Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj 2015

Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj telah dilaksanakan pada 29 Mei 2015 bertempat di Dewan SK Bukit Jalor.  Majlis ini diserikan dengan undangan ceramah Isra' Mi'raj oleh Ustaz Mohd Khoir bin Saidina Abu Bakar.

Buku program Isra' dan Mi'raj 2015.
Softcopy boleh berhubung dengan admin di skbj_f@yahoo.com.my

Ustaz Mohd Khoir; anak jati Felda Jelai 4, Gemas, Negeri Sembilan merupakan penceramah yang tidak asing lagi dalam kalangan warga SK Bukit Jalor kerana sering diundang untuk menyampaikan ceramah kepada murid-murid.

Majlis juga turut mengundang tetamu-tetamu khas seperti Tuan Pengurus Felda Bukit Jalor, Encik M. Rodzi bin Teriman; YDP PIBG SKBJ dan Encik Saadon bin Sadiyen; Pengerusi SARANA SKBJ.  Majlis diakhiri dengan pertandingan kuiz Isra' dan Mi'raj untuk menguji tahap pemahaman murid-murid terhadap isi kandungan ceramah yang telah disampaikan.

Semoga program bersifat ilmiah sebegini akan melahirkan insan yang berilmu dan bertakwa kepada Allah SWT.


28 May 2015

PLC Panitia Bahasa Melayu

Panitia Bahasa Melayu telah menjalankan PLC 'Lesson Study' pada 28 Mei 2015.  PLC merupakan salah satu daripada program yang dirancang untuk dilaksanakan oleh Panitia Bahasa Melayu pada tahu 2015 ini.

Taklimat dan pencerahan tentang PLC telah disampaikan oleh Encik M. Yusuf bin Bujai; Pegawai Sisc+ Bahasa Melayu PPD Tampin.

Pelbagai manfaat serta perkongsian ilmu yang didapati sepanjang berlangsungnya PLC ini.  Bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru pakar dan senior bidang bahasa dapat memantapkan pedagogi dan kemahiran mengajar guru-guru, seterusnya memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kecemerlangan.



22 May 2015

Kem Motivasi Kecemerlangan UPSR 2015

Ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbuah
Kem Motivasi Kecemerlangan UPSR bermula pada hari ini; 22 Mei hingga 24 Mei 2015 bertempat di Dewan SK Felda Bukit Jalor.  Program ini dikelolakan oleh Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SKBJ di bawah pimpinan Encik Mohd Hafiz bin Mohd Yazid; guru penyelaras UPSR 2015.

Penceramah khas dari Jazim Motivation Group (JMG) Consultant Malaysia telah diundang oleh pihak sekolah untuk memberikan semangat dan perangsang kepada calon-calon UPSR 2015.

Program ini dimulakan pada petang Jumaat dengan bengkel Matematik yang disampaikan oleh Puan Sharifah binti Abdullah; bekas guru mata pelajaran Matematik UPSR SKBJ juga merangkap bekas pemeriksa kertas UPSR Matematik.





Pihak sekolah dan ibu bapa merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Sharifah binti Abdullah atas kesudian mencurahkan ilmu dan bakti kepada anak-anak Felda Bukit Jalor tanpa meminta balasan sedikitpun.  Sesungguhnya hanya Allah sahaja mampu membalas jasa dan budi baik Puan Sharifah.




Maklumat lanjut tentang program ini bolehlah melawat atau like facebook rasmi Jazim Motivation Group (JMG).









13 May 2015

Ceramah Keibubapaan oleh Imam Muda

13 Mei 2015 - SK Felda Bukit Jalor telah menganjurkan ceramah motivasi keibubapaan untuk murid-murid tahun 5 dan 6.  

Ceramah ini disampaikan oleh motivator yang tidak asing lagi iaitu Imam Muda Fattah; anak jati Negeri Sembilan.  Pelbagai imput menarik yang disampaikan oleh Imam muda Fattah yang boleh dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak masa kini.

Semoga program sebegini memberikan sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat untuk dipraktikkan bersama-sama.



12 May 2015

Pesta Muzik Daerah Tampin : Tahniah, SKBJ!

Sekalung tahniah kepada team Pesta Muzik SK Felda Bukit Jalor yang mencatat pencapaian cemerlang dalam pertandingan peringkat Daerah Tampin yang dikelolakan oleh tuan rumah SK Tunku Besar Tampin.

Berikut merupakan pencapaian SK Felda Bukit Jalor bersempena Pesta Muzik Peringkat Daerah Tampin yang diadakan baru-baru ini:

  • Johan pertandingan Kompang Formasi Daerah Tampin 2015.
  • Johan pertandingan Nyanyian Solo Minus One Lelaki Daerah Tampin 2015.
  • Naib johan pertandingan Nyanyian Solo Minus One Perempuan Daerah Tampin 2015.

Kemenangan berganda ini melayakkan SK Felda Bukit Jalor mewakili Daerah Tampin ke Pertandingan Pesta Muzik yang bakal diadakan di Rembau.  
Tahniah, SKBJ!


Tahniah team Pesta Muzik SKBJ!
Sebahagian ahli kompang yang terdiri daripada murid perempuan.
Hadiah pemenang disampaikan oleh Timbalan PPD Tampin.
Pasukan Kompang SK Felda Bukit Jalor.
Tahniah kepada pemenang.
Tahniah kepada adik Amieza Shazelin bt. Mohamad;
naib johan minus one perempuan dengan lagunya Menaruh Harapan.

Komen daripada penduduk setempat :



06 May 2015

SK Felda Bukit Jalor Johan Kompang Selawat Daerah Tampin 2015

TAHNIAH kepada team kompang selawat SK Felda Bukit Jalor kerana masih mengekalkan kejuaraan dalam pertandingan kompang selawat peringkat daerah Tampin tahun 2015.

Pasukan kompang ini terdiri daripada murid-murid lelaki tahun 4 hingga 6 yang dipimpin oleh Encik Ahmad Jais.  Beliau merupakan tonggak utama penggerak team kompang SK Bukit Jalor sehingga bergelar juara bertahan daerah Tampin.  

Encik Ahmad Jais yang juga merupakan penduduk Felda Bukit Jalor merupakan tenaga pengajar yang sanggup turun padang dan berlatih hingga lewat malam semata-mata untuk memastikan pasukan kompang selawat SKBJ pulang dengan kemenangan.

Warga SKBJ mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Ahmad Jais atas sumbangan yang tidak berbelah bagi kepada pihak sekolah.  Tahniah, SKBJ!

Ustaz Fahmi bersama Encik Ahmad Jais (berdiri tiga dari kiri)


Komen daripada penduduk setempat: