SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

29 July 2015

Majlis Rumah Terbuka PPKI SKBJ 2015

PPKI SK Felda Bukit Jalor telah mengadakan rumah terbuka Aidilfitri pada 29 Julai 2015 bertempat di kelas pendidikan khas.  Berikut merupakan gambar majlis rumah terbuka PPKI yang sempat dirakam sebagai kenang-kenangan.

Terima kasih kepada Encik Arif b. Mohamad, Cik Wong Yoke Ting, Puan Masfarha dan murid-murid PPKI atas layanan dan majlis istimewa ini.  Selamat hari raya!


Teacher Wong; satu-satunya guru berbangsa cina di SKBJ
Cikgu Arif; Guru PPKI.


Murid-murid PPKI SKBJ yang terdiri daripada pelbagai bangsa.



27 July 2015

Penyampaian Hadiah Sempena Program Ihya' Ramadan 2015

Penyampaian hadiah bagi pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Felda Bukit Jalor sepanjang bulan Ramadan yang lalu telah disempurnakan pada pagi tadi oleh Encik Basri bin Haji Yusof; Guru Besar SKBJ.

Tahniah kepada semua pemenang.  Peserta yang tidak berjaya diharapkan tidak patah semangat dan terus mencuba menjadi yang terbaik pada masa akan datang.

Berikut merupakan senarai rasmi pemenang pertandingan :




KEPUTUSAN PERTANDINGAN MEWARNA BAGI TAHAP 1 DAN PERTANDINGAN MENCIPTA KAD HARI RAYA BAGI TAHAP 2 SEMPENA BULAN RAMADAN 1436H/2015M.

PERTANDINGAN MEWARNA:

A) PRASEKOLAH :
    1. WAHIZZATI BINTI WAHIDON
    2. NURALYANI BINTI SAHARUNDDIN
    3. NURUL AIN BINTI MOHD RASHID

B) PPKI :
    1. M. FARHAN BIN ABU KASIM
    2. M. AIDIL BIN MAT TAHIR
    3. M. IRFAN B. BORHANUDDIN

C) TAHUN 1 :
    1. NUR AIDA ARYANA BINTI ADNAN
    2. NUR DANIA HAZMIRA BINTI NORAZMI
    3. PUTERA MUHAMMAD DANIAL ALIFF BIN PRIMAMALINDO

D) TAHUN 2 :
    1. BALQIS ADAWIYAH BINTI KAMARULZAMAN
    2. NUR RASYA ALEYANA BINTI SAMSURI
    3. MUHAMMAD ISA HAKIM BIN ABD WAHAB

E) TAHUN 3 :
    1. NURUL SYAFIQAH BINTI MOHD RASHID
    2. ADIANA NUR WARDAH BINTI ISRAK
    3. NUR ALIAH SYAHIRAH BINTI MOHAMAD


PERTANDINGAN MENCIPTA KAD HARI RAYA :

A) TAHUN 4 :
    1. PUTRIY NUR HIDAYAH BINTI MOHD HISHAM
    2. MOHD AQIEL KHAIRUDDIN BIN MOHD SAAD
    3. M. AFIF AFFAN BIN ROSZAINAN

B) TAHUN 5 :
    1. SERI NUR ELLISA BINTI SAMSURI
    2. M. FAHMI AIMAN BIN AWANG
    3. MUSA AL-HELMI BIN MOHD FUAD

C) TAHUN 6 :
    1. YASMIN BINTI NASARUDDIN
    2. NURUL NATASHA BINTI ISMAIL
    3. SITI NUR NATASHA BINTI ROSLAN










14 July 2015

Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan 2015

Majlis Penutupan Program Ihya' Ramadhan 2015 anjuran Panitia Agama Islam SKBJ telah disempurnakan pada pagi ini oleh Encik Basri bin Haji Yusof; Guru Besar SK Felda Bukit Jalor. 


Dewan SK Felda Bukit Jalor
Majlis dimulakan dengan ucapan dan sedikit peringatan kepada murid-murid SKBJ bersempena dengan kedatangan bulan syawal yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. 

Penyerahan bantuan wang Aidilfitri turut diberikan kepada murid KWAPM dan semua murid  SKBJ bermula dari prasekolah hingga ke tahun 6.  


Penyerahan bantuan untuk murid tidak berkemampuan.

Majlis diakhiri dengan acara bersalam-salaman antara seluruh warga sekolah.  Selamat hari raya kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Jalor juga kepada semua umat islam di seluruh dunia. 




08 July 2015

Lawatan kerja PrOD ke SK Bukit Rokan Utara, Gemencheh.

Pada 2 Julai 2015 Sekolah SK Felda Bukit Jalor telah membuat lawatan ke sekolah SK Bukit Rokan Utara bagi tujuan PROGRAMME OF ORGANISATIONAL DEVELOPMENT(PrOD).  SK Bukit Rokan Utara merupakan salah sebuah sekolah dalam daerah Tampin yang sudah tidak asing lagi tahap kecemerlangannya dalam semua aspek.  

Lawatan ini diketuai oleh Encik Basri bin Haji Yusof; Guru Besar SK Felda Bukit Jalor dan barisan wakil guru SKBJ.  Antaranya:

  • Encik Nik Fakrul Rizal bin Ngah Ibrahim
  • Encik Mohd Hafiz bin Mohd Yazid
  • Encik Noor Zaide bin Yusof
  • Encik Mohd Nizam bin Haji Zalwi
  • Puan Lily Azura binti Abd Kadir
  • Puan Zuraidah binti Mat Sah
  • Cik Nor Hasniza binti Aziz

Barisan wakil guru dari SKBJ.
Objektif lawatan ilmiah ini adalah untuk mendapatkan pendedahan awal tentang pelaksanaan program PrOD, berkongsi ilmu dan informasi secara terus tentang PrOD.  Berikut merupakan antara hasil rakaman untuk perkongsian bersama.  Diharapkan saling perkongsian ilmu antara kedua-dua buah sekolah dapat dimanafaatkan sepenuhnya bagi menjayakan PrOD ini.


Lapangan latihan golf SKBRU.
Penyampaian cenderahati dari SKBRU kepada SKBJ
Penyampaian cenderahati dari SKBJ kepada SKBRU

Makmal Bahasa Inggeris

Penyampaian maklumat tentang PrOD dari Guru Besar SKBRU

En. Basri b. Hj. Yusof membuat lawatan ke bilik darjah

01 July 2015

PLC Learning Walk Panitia Bahasa Melayu

Panitia Bahasa Melayu SK Felda Bukit Jalor telah menjalankan PLC Learning Walk dengan bimbingan SISC+ Bahasa Melayu PPD Tampin; Encik Yusuf b. Bujai dan SISC+ Bahasa Inggeris PPD Tampin.

Seramai tiga orang guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang terlibat iaitu Encik Ahmad Azmi bin Yatim Bakhtiar, Puan Salihin bt. Narawi dan Encik Mohd Hairi bin Mansor.

Antara aspek yang dilihat ialah bahagian set induksi, aktiviti murid, rumusan, penglibatan murid dan sebagainya.  Puan Lily Azura bt. Abd Kadir selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu, Encik Abdull Halim b. Jaafar; GPK1 dan Cik Nor Hasniza bt. Aziz; guru Bahasa Melayu turut sama terlibat dalam PLC Learning Walk ini.

Pelbagai ilmu dan bimbingan yang telah diberikan oleh pihak SISC+ kepada guru-guru SKBJ.  Semoga aktiviti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi meningkatkan kualiti pengajaran guru di dalam bilik darjah.

Penerangan daripada SISC+ PPD Tampin
Kelas Cikgu Ahmad Azmi
Kelas Cikgu Salihin
Kelas Cikgu Hairi
Semasa sesi perbincangan 
Ketua Panitia Bahasa Melayu menyampaikan hasil dapatan Learning Walk
untuk dikongsi bersama guru-guru lain semasa perhimpunan pagi.