SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

31 December 2015

Pengagihan Buku Teks Kegunaan 2016 bagi Murid Tahun 2-6

Tarikh: 31/12/2015
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengahhari
Tempat: Kelas tahun 2-6

8.00 pagi:
Murid berkumpul di dataran perhimpunan dan diambil kehadiran oleh guru kelas. Taklimat ringkas oleh guru spbt.

8.15 pagi:
Murid bergerak ke kelas masing-masing.
Wakil kelas ke bilik spbt untuk mengambil buku teks.
Pengagihan borang aku janji oleh guru kelas kepada murid.
Proses pengagihan buku teks dilaksanakan oleh guru kelas.

12.00 tengah hari:
Proses pengagihan buku teks tamat.
Guru kelas menyerahkan baki buku teks dan borang spbt G kepada penyelaras spbt.

Catatan:
Mana2 murid yang gagal memulangkan buku teks diminta bersedia menggantikan buku teks dalam bentuk wang atau gantian buku teks yang dibeli di kedai.
Surat makluman akan diedarkan oleh guru kelas pada 31/12/2015.
Penggantian atau bayaran buku teks boleh dilaksanakan sehingga 15/01/2016.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pinjaman buku teks bagi judul yang dihilangkan akan ditahan sehingga bayaran atau gantian dilunaskan.

Pendaftaran Murid Prasekolah dan Tahun 1 Sesi 2016

Pendaftaran murid prasekolah dan tahun 1 sesi persekolahan 2016 telah dijalankan pada 31 Disember 2015 bertempat di SK Felda Bukit Jalor.








28 December 2015

Mesyuarat Guru Kali Pertama / 2016

Mesyuarat Guru Kali Pertama / 2016 Tarikh : 30 Disember 2015 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi

Tempat : Makmal Komputer SKBJ
Pakaian : Formal



16 December 2015

Majlis Persaraan Tuan Haji Razali bin Lajis

Majlis Persaraan Tuan Haji Razali bin Lajis; guru Pendidikan Islam SK Felda Bukit Jalor telah dianjurkan oleh Kelab Guru pada 20 November 2015 (Jumaat).

Selamat bersara diucapkan kepada Tuan Haji Razali.  Terima kasih atas segala jasa bakti dan pengorbanan yang dicurahkan.  Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan sejahtera hidup.



02 December 2015

Projek Cuti Sekolah : Gotong-royong Pusat Akses SKBJ

Projek cuti sekolah untuk menaik taraf Pusat Akses SKBJ telah dijalankan oleh sukarelawan-sukarelawan SKBJ yang terdiri daripada guru-guru SKBJ, kakitangan dan juruteknik sekolah.

-----SEBELUM-----










-----SELEPAS-----