SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

30 August 2016

PROGRAM 'I SEE U' UPSR 2016

Program kunjung mesra 'I SEE U' UPSR 2016 telah dijalankan oleh pihak PPD Tampin pada 30 ogos 2016 untuk bertemu dengan calon-calon UPSR, seterusnya menyerahkan sumbangan set alat tulis kepada murid-murid tahun 6.

Terima kasih atas sumbangan yang diberikan!

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT UPSR / UPKK 2016

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat UPSR / UPKK anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBJ telah dijalankan pada 30 Ogos 2016 (Selasa) di surau SKBJ.

Majlis turut dihadiir oleh Tuan PPD Tampin.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menyumbangkan makanan, wang ringgit, tenaga dan sebagainya.  Semoga segala usaha murni diberkati.












29 August 2016

27 August 2016

SKBJ JUARA KESELURUHKAN MTAQ PRASEKOLAH DAERAH TAMPIN 2016!

Tahniah kepada peserta-peserta MTAQ Prasekolah Daerah Tampin 2016 kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah.

Pada tahun ini, SKBJ telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan MTAQ Prasekolah Daerah Tampin 2016.

Tahniah diucapkan kepada peserta pertandingan, guru-guru, ibu bapa / penjaga serta semua pihak yang turut sama membantu anak-anak Prasekolah Bintangku.

24 August 2016

BENGKEL UPKK 2016

Bengkel UPKK 2016 telah dijalankan pada 24 Ogos 2016 di Makmal Komputer SKBJ.

MAJLIS SUNTIKAN KASIH GEMILANG UPSR BERSAMA ADUN GEMENCHEH 2016.

Tahniah kepada adik M. Fahmi Aiman bin Awang dan adik Khairunnisa binti Ramli dari kelas 6 Bijak kerana terpilih untuk mengikuti Majlis Suntikan Kasih Gemilang UPSR bersama ADUN Gemencheh; Tuan Mohd Isam bin Mohd Isa.

PERTANDINGAN MEWARNA BENDERA NEGERI 2016.

Pertandingan mewarna bendera negeri peringkat sekolah telah dijalankan pada 24 Ogos 2016.  Pertandingan ini melibatkan semua persatuan-persatuan di SKBJ.

Terima kasih atas komitmen semua!








23 August 2016

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM MERDEKA PRASEKOLAH 2016

Pertandingan pakaian beragam merdeka untuk murid-murid Prasekolah Bintangku telah dijalankan pada 23 Ogos 2016.

Tahniah kepada murid prasekolah yang mengambil bahagian.






22 August 2016