SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

30 September 2016

PROGRAM PASCA UPSR : BENGKEL MENULIS TULISAN KHAT DAN KUFI 2016

Bengkel Menulis Tulisan Khat sempena Program Pasca UPSR telah dijalankan dengan bimbingan Ustaz Mohd Fahmi bin Md Salleh; Guru Bahasa Arab SKBJ.

29 September 2016

PROGRAM PASCA UPSR : BENGKEL SEMBELIHAN HAIWAN TERNAKAN 2016

Bengkel Sembelihan Haiwan Ternakan 2016

Bengkel sembelihan haiwan ternakan iaitu ayam telah dijalankan oleh Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR 2016.  Bengkel ini memberikan pendedahan kepada murid-murid tahun 6 tentang cara menyembelih ayam dengan betul, membersihkan bulu ayam dan memasak ayam.

Murid-murid menjalankan aktiviti dengan pengawasan guru-guru yang bertauliah dalam bidang sembelihan.  Tahniah kepada semua murid tahun 6 yang mengambil bahagian!








PROGRAM PASCA UPSR : BENGKEL MEMBUAT BISKUT 2016

Bengkel membuat biskut sempena Program Pasca UPSR 2016 telah dijalankan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 29 September 2016 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi
Sasaran : Semua murid tahun 6 dan guru-guru yang berminat
Anjuran : Jawatankuasa Program Pasca UPSR 2016










27 September 2016

MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KETIGA 2016

Mesyuarat Kokurikulum Kali Ketiga 2016 telah dijalankan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 27 September 2016 (Selasa)
Masa : 1.40 petang
Tempat : Makmal SKBJ

TAKLIMAT COCOSTAR KEPADA GURU TAHUN 4 DAN 5 SKBJ 2016

Taklimat Cocostar telah dijalankan kepada guru mata pelajaran tahun 5 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 27 September 2016
Masa : 10.40 pagi
Tempat : Makmal SKBJ

26 September 2016

PERCUBAAN UPKK 2016

Selamat menduduki Percubaan UPKK 2016 kepada semua calon UPKK SK Bukit Jalor.  Percubaan UPKK bemula pada 26 September 2016 hingga 29 September 2016.

HARI TERBUKA PPKI SKBJ 2016

Hari Terbuka PPKI SKBJ 2016 telah dijalankan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 26 September 2016 hingga 30 September 2016
Tempat : PPKI SKBJ
Perasmian oleh : Encik Basri bin Haji Yusof; Guru Besar SKBJ

Tahniah kepada guru-guru PPKI; Encik Arif bin Mohamad dan Cik Wong Yoke Ting, serta Pembantu Pengurusan Murid PPKI; Cik Nuraini kerana berjaya menganjurkan Hari Terbuka PPKI 2016!














PERASMIAN HARI TERBUKA PPKI 2016

Perasmian Hari Terbuka PPKI SKBJ 2016 telah dijalankan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 26 September 2016 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan SKBJ
Perasmian oleh : Encik Basri bin Haji Yusof; Guru Besar SKBJ

09 September 2016

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK AHMAD AZMI; GURU SKBJ

Majlis Perpisahan Encik Ahmad Azmi bin Yatim Bakhtiar; Guru Sains dan Bahasa Melayu SK Bukit Jalor telah diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 9 September 2016
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan SKBJ
Anjuran : Kelab Guru dan Staf SKBJ

Untuk makluman, Encik Ahmad Azmi akan berpindah ke SK Lui Selatan bermula 19 September 2016.  Beliau mula berkhidmat di SKBJ pada 6 Jun 2010 hingga 9 September 2016.