SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

26 December 2018

Selamat Datang Tuan Guru Besar ke Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Jalor.

Kami Warga Sk Bukit Jalor mengalukan kedatangan Tuan Guru Besar En Jofferry Bin Maulud.Kami berharap dengan kehadiran Tuan Guru besar ini akan dapat mentransformasikan Sk Bukit Jalor ke arah yang lebih cemerlang.



Mesyuarat Persediaan Awal Tahun SKBJ 2019.

Mesyuarat Persediaan Awal Tahun SKBJ 2019
  Dipengurusikan Oleh Guru Besar En Jofferry Bin Maulud.


Kehadiran semua guru pada kali ini diserikan lagi dengan kehadiran guru besar baru iaituy En Joffery bin Maulud.

04 October 2018

PENCAPAIAN MURID-MURID SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JALOR 2018.

Sepanjang tahun 2018, telah banyak pencapaian yang digapaikan oleh murid-murid SKBJ dalam bidang kurikulum mahupun dalam bidang kokurikulum. Pencapaian yang diperoleh bermula dari bulan Januari sehingga bulan Julai. Berikut antara pencapaian cemerlang murid-murid SKBJ pada tahun ini.


Pertandingan  : Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Daerah Tampin 2018
Pencapaian : Johan 
Peringkat : Daerah


Pertandingan  : Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun Daerah Tampin 2018
Pencapaian : Naib Johan 
Peringkat : Daerah



Pertandingan : Kejohanan Hoki (L) Bawah 12 Tahun Daerah Tampin 2018
Pencapaian : Ketiga
Peringkat : Daerah



Pertandingan : Kejohanan Hoki (P) Bawah 12 Tahun Daerah Tampin 2018
Pencapaian : Johan
Peringkat : Daerah



Pertandingan : Kejohanan Hoki (P) Bawah 12 Peringkat Negeri Sembilan 2018
Pencapaian : (3 Orang pemain Lelaki terpilih mewakilli Tampin ke Peringkat Negeri) Tempat ke 2 Negeri.
(6 Orang pemain Perempuan terpilih mewakilli Tampin ke Peringkat Negeri) Peringkat Kumpulan.
Peringkat : Negeri




Pertandingan : Kejohanan Hoki (P) Bawah 12 Tahun Daerah Tampin 2018
Pencapaian : Johan
Peringkat : Daerah


Pertandingan : Kejohanan Sukan Olahraga Daerah Tampin 2018. (4 X100 M) (L)
Pencapaian : Ketiga
Peringkat : Daerah



Pertandingan : Larian Terbuka Za'aba 2018
Pencapaian : Penyertaan
Peringkat : Kebangsaan


Pertandingan : Pertandingan Jalan Kaki Perempuan Kejohanan Olahraga dan Balapan Daerah Tampin 2018
Pencapaian : Emas (Siti Shahira binti Roslan
Gangsa (Nur Aliah Syahira binti Mohammad)
Peringkat : Daerah


Pertandingan : Pertandingan Kompang Selawat MTAQ Daerah Tampin 2018
Pencapaian : Kedua
Peringkat : Daerah



Pertandingan : Karnival Saintis Muda & Teknologi Daerah Tampin 2018
Pencapaian : Kelima
Peringkat : Daerah



Pertandingan : Pesta Muzik Daerah Tampin 2018
Pencapaian :  Kompang Formasi (Johan)
Tarian Tradisional (Naib Johan)
Nyanyian Solo Lelaki (Kedua)
Koir (Ketiga)
Peringkat : Daerah


SMART CLASSROOM SEKOLAH TRANSFORMASI SK BUKIT JALOR.

Bersempena dengan Program Transformasi Sekolah, SKBJ telah menwujudkan satu bilik darjah yang mengaplikasikan kepada Abad 21. Bilik darjah tersebut dinamakan dengan nama "SMART CLASSROOM".

"SMART CLASSROOM”  adalah bilik darjah yang meningkatkan teknologi yang memupuk peluang untuk pengajaran dan pembelajaran serta pemudahcaraan dengan mengintegrasikan teknologi pembelajaran, seperti komputer, perisian khusus, teknologi respon penonton, alat mendengar bantuan, rangkaian, dan keupayaan audio / visual. “SMART CLASSROOM” juga membawa sokongan, reka bentuk, dan perancangan untuk ruang pembelajaran yang bersifat merentasi sempadan.

Melalui medium ini, murid diberi peluang dan kebebasan untuk meneroka aspek pembelajaran kendiri dalam memaksimumkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri mereka. Justeru itu, dengan adanya "SMART CLASSROOM" ini, secara tidak langsung mendidik murid untuk mengetahui mengenai isu-isu semasa dan dunia luar dengan sendirinya.Kemudahan moden yang disediakan di dalam bilik darjah ini dapat menarik minat dan tumpuan murid terhadap pengajaran guru sekali gus membantu meningkatkan prestasi akademik mereka. Berikut antara fasiliti yang terdapat di "SMART CLASSROOM" yang telah dibuka sepenuhnya selepas perasmian yang dilakukan oleh YB Dato Mohd Isam bin Haji Mohd Isa (ADUN Kawasan Gemencheh) pada 13 Mac 2018 yang lalu.





















PANORAMA SEK KEB FELDA BUKIT JALOR 2018.

Sekolah Kebangsaan (Felda) Bukit Jalor atau nama ringkasnya SK (Felda) Bukit Jalor, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Muhibah, Felda Bukit Jalor. Pada tahun 2016, SKBJ telah dipilih untuk menjadi Sekolah Transformasi bagi kohort yang pertama.


Senarai sekolah-sekolah di seluruh Malaysia yang terpilih sebagai Sekolah Transformasi bagi kohort yang pertama.

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
         -Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
         -Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
         -Guru yang kompeten dan berinspirasi tinggi
         -Komitmen komuniti yang padu

Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;

-Mengaplikasikan konsep dan amalan PdP terbaik;
- Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
 -Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Berikut antara panorama SKBJ yang bertunjangkan kepada program TS25.