SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

23 January 2018

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI SKBJ 2018

Tarikh : 19 Januari 2018
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Kelas Tahun 1

Tahniah kepada semua murid tahun 1 yang berjaya menamatkan Program Transisi dengan jayanya!

Gambar lain : Layari Facebook rasmi sekolah : Sekolah Transformasi SK Bukit Jalor







22 January 2018

Ujian Diagnostik 2018.


Pada 24 Januari dan 25 Januari akan dijalankan Ujian Diagnostik untuk murid-murid tahun 6 sebagai persediaan awal menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada September kelak.
 Berikut merupakan jadual untuk perjalanan ujian tersebut.


Diharap semua murid tahun 6 dapat bersedia awal dalam menghadapi ujian yang akan dijalankan ini. 
Selamat Berjaya diucapkan kepada semua murid tahun 6.

Pelancaran Program NILAM 2018

Pada 17 Januari bertempat di tapak perhimpunan, telah dilangsungkan satu program NILAM yang dinamakan sebagai Program Nilam Tambah Baik yang telah dikelolakan oleh Guru Nilam SKBJ iaitu Pn Norazlina binti Aman. Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En Basri bin Hj Yusof. Dalam ucapan perasmianya, beliau menyeru warga SKBJ untuk menyahut amalan membaca dalam kalangan warga sekolah baik dari pelajar mahupun guru-guru. Beliau juga mengingatkan murid-murid supaya sentiasa mengunjungi perpustakaan sekolah di mana boleh membaca pelbagai buku untuk menambahkan pengetahuan. 


Pn Azlina sedang memberi penerangan kepada murid-murid mengenai pelaksanaan program Nilam Tambah Baik ini yang akan dijalankan bermula bulan Januari sehinggan November 2018.


Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En Basri bin Hj Yusof menyampaikan ucapan seterusnya telah menyempurnakan Program Nilam  untuk warga SKBJ.




Tahniah diucapkan kepada Pn Azlina dan Jawatankuasa Nilam dan kerjasama Pusat Sumber Sekolah atas pengelolaan pelaksanaan Program Nilam Tambah Baik untuk sesi 2018. Semoga terus tersemai budaya membaca dalam kalangan murid dan guru serta semua warga SKBJ. #NadiIlmuAmalanMembaca #BangsaMembacaBangsaBerjaya







Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah
SK Bukit Jalor 2018.


Pada 16 Januari telah diadakan kejohanan merentas desa peringkat sekolah dibawah kelolaan Unit Kokurilukum SKBJ. Kejohanan yang melibatkan murid tahun tiga hingga tahun enam ini telah diadakan si sekitar Felda Bukit Jalor. Kejohanan ini dijalankan adalah sebagai memenuhi kewajipan untuk setiap sekolah mengadakan kejohanan merentas desa. Selain itu, ia juga bertujuan sebagai memilih wakil sekolah ke kejohanan merentas desa peringkat daerah Tampin. Berikut merupakan antara wajah ceria warga SKBJ dalam melibatkan diri dalam kejohanan ini. Pengelolaan juga mendapat khidmat daripada anggota Rela yang bekerjasama menjaga lalu lintas sepanjang kejohanan berlangsung. 






Wajah-wajah ceria warga SKBJ serta ibu bapa dalam memastikan kejohanan berjalan dengan lancar dan teratur.


Murid-murid bersemangat menamatkan larian walaupun dalam
keadaan berjalan kaki sahaja menuju ke garisan penamat.






YDB PIBG, En Saadon turut hadir dan telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada warga SKBJ atas kejayaan mengadakan dengan jayanya Kejohanan Merentas Desa untuk sesi 2018.





HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2018!!!!


Sirih lipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Permanis kalam selamat datang
Awal persekolahan pembuka acara

Pada pagi hari 2 Januari telah dijalankan satu perhimpunan rasmi yang turut dihadiri oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Sarjan Ghani. Selepas perhimpunan, murid -murid masuk ke dalam kelas dan sesi pdpc bermula mengikut jadual yang telah diedarkan.


Kelihatan murid-murid begitu teruja akan sesi persekolahan yang baru ini dengan wajah -wajah ceria menghiasi lensa kamera sesi persekolahan untuk hari pertama.





Semoga wajah-wajah ini meniti kecemerlangan dalam segala bidang diceburi. Selamat Datang kepada murid tahun satu untuk sesi 2018.



Murid tahun enam untuk sesi 2018 ceria menjalankan sesi pdpc di dalam kelas.




Murid tahun empat tetap ceria walaupun hari ini merupakan hari yang pertama sesi persekolahan untuk tahun 2018.


Selamat Maju Jaya untuk warga SKBJ menempuhi sesi baharu 2018 !!
Semoga SKBJ meniti kecemerlangan pada tahun ini. GO SKBJ GO!!!

Mesyuarat Guru Bil 1/2018

Pada 28 Disember 2017, telah diadakan satu sesi mesyuarat guru bagi persediaaan untuk tahun 2018 yang telah diadakan di Makmal Komputer Sekolah. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar, En Basri bin Haji Yusof turut dihadiri oleh wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tampin, En. Mohd Zin bin Hassan. 



Dalam ucapan dasar yang diberikan oleh Tuan Besar, beliau menggariskan enam dasar yang menjadikan fokus utama untuk dicapai oleh warga SKBJ. Beliau telah menamakannya dengan nama "Persada SKBJ 2018". Enam dasar tersebut ialah :
i) Pembangunan Prasarana Kondusif
ii) Sumber Manusia
iii) Kurikulum Berfokus
iv) Kokurikulum Berfokus
v) Kewangan Cemerlang
vi) Penanda Arasan/ Jalinan / Jaringan Antarabangsa.



Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang di mana semua guru juga diperingatkan mengenai tugasan menjelang 2018. Turut diingatkan mengenai persediaan yang perlu dilakukan untuk menerima kedatangan murid pada 2 Januari 2018.