SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

23 July 2018

LAWATAN PENANDA ARASAN AHLI-AHLI JKPA LUAK 1 KE SEKOLAH TRANSFORMASI SK BUKIT JALOR.


Pada 19 Julai 2018, lebih kurang 16 pelawat yang terdiri daripada Pegawai PPD Tampin, Pengetua Sekolah Menengah, Guru Besar serta guru - guru ICT dari sekolah-sekolah sekitar Gemencheh telah melakukan lawatan Penanda Arasan ke SK Bukit Jalor. Lawatan tersebut turut disertai oleh Pn Nan Ayu yang mewakilli Tuan PPD Tampin.

Lawatan diadakan untuk melihat sejauh mana perjalanan Transformasi Sekolah direncanakan oleh warga SKBJ. Para pelawat telah dibawa untuk melihat sendiri persekitaran sekolah dan bilik-bilik khas yang terdapat di SKBJ. Antara bilik-bilik khas yang dilawati ialah Pusat Akses Sekolah(PuAS), Smart Classroom (Bilik Abad 21) dan Bengkel Kemahiran Hidup. Para pelawat juga dibawa melawat ke Kolam Ikan yang merupakan tarikan terbaru bagi mereka yang datang ke SKBJ.














































Pada awalnya, dalam sesi taklimat yang dijalankan di Makmal Komputer Sekolah, Pn Nan Ayu yang mewakilli Tuan PPD menyatakan bahawa kejayaan transformasi SKBJ adalah disebabkan gandingan kuat antara barisan pentadbir, guru-guru dan Persatuan Ibu Bapa &Guru (PIBG) serta Persatuan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK) yang telah bekerjasama dalam melakukan segala aktiviti yang dirancang di sekolah. Beliau juga menyatakan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara yang diamalkan oleh semua SKBJ merupakan tunjang dalam kejayaan Transformasi SKBJ.  Dewasa ini juga, beliau nyatakan bahawa guru-guru SKBJ sudah lali dengan lawatan daripada pihak luar kerana dalam diri guru-guru sudah disemai dengan semangat bersedia menghadapi apa jua cabaran. Dalam akhir ucapannya beliau berpesan kepada para guru yang hadir untuk cedok dan ambil mana yang baik daripada SKBJ untuk dilaksanakan di sekolah pula nanti.