SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

31 December 2019

Taklimat & Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2020.

Pada hari telah berlangsung sesi taklimat bagi Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum kepada ibu bapa dan penjaga untuk murid tahun 1. Taklimat telah dijalankan di Dewan Sekolah.


Murid-murid tampak ceria bagi memulakan sesi persekolahan bagi tahun 1 bagi tahun 2020. Berikut merupakan antara gambar yang sempat dirakam pada majlis yang telah dijalankan.













SELAMAT DATANG KEPADA MURID TAHUN 1 BAGI SESI 2020 KE SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT JALOR.

11 April 2019

08 April 2019

Kejohanan Hoki B12 Daerah Tampin 2019.

Pada 19 Februari 2019, satu kejohanan Hoki B12 telah disertai oleh murid-murid SKBJ. Dalam kejohanan yang telah dijalankan di SMK Tunku Besar Tampin tersebut, pasukan hoki perempuan B12 SKBJ telah berjaya mendapat naib johan di mana dalam perlawanan akhir, pasukan SKBJ telah tewas di tangan pasukan hoki B12 SK Tunku Besar dengan jaringan 0-1.

      Tahniah diucapkan kepada barisan kejurulatihan serta guru pengiring pasukan Hoki Perempuan B12 atas kejayaan yang telah digapai ini. Semoga kecemerlangan tersemai dalam warga SKBJ!!!
Berikut antara detik kejayaan pasukan Hoki Perempuan B12 dalam kejohanan yang telah disertai tersebut.









04 April 2019

Pelancaran "Program Jom Ke Sekolah" SKBJ 2019.

Pada 18 Februari 2019, telah berlangsung pelancaran Program Jom Ke Sekolah yang telah dianjurkan melalui kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling & Jawatankuasa Guru Penyayang SKBJ.  Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dan Polis Diraja Malaysa (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Justeru itu, satu program telah diadakan bagi membenteras penularan masalah disiplin di sekolah. Pihak sekolah juga telah berbesar hati menjemput Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Sarjan Abd Ghani bin Hassan, Tuan Aminuddin bin Jaafar (PPD Tampin), En Saadon bin Sadiyen (YDP PIBG SKBJ) dan En Mohammad bin Mustafa (Pengerusi PIBK SKBJ) bagi menjayakan majlis ini.

                      Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program JOM KE SEKOLAH pada awal persekolahan 2019 ini diharapkan akan menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif. 

Antara objektif program ini adalah untuk :


a) mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS. 
b) Membantu mencegahsalah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah

 dan perlakuan yang menyalahi undang-undang.

c)  Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid.



Berikut antara peristiwa yang berlaku sempat dirakam ketika majlis dilangsungkan.





























18 March 2019

PEK BERCUTI UNIT BERUNIFORM SKBJ 2019

Pada  16 Februari 2019, seramai 70 orang murid bersama 20 orang guru telah mengikuti rombongan Pek Bercuti Unit Beruniform SKBJ yang telah diadakan di Laman Tiga Budaya, Asahan, Melaka. Rombongan ini telah diketuai oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Asroll Effindi bin Md Nor. Tujuan diadakan percutian ini adalah untuk memberi pengalaman yang baharu kepada semua ahli unit beruniform SKBJ.

     Pada jam 7.30 pagi, murid-murid telah diminta untuk berkumpul diperkarangan sekolah di mana bas bertolak ke tempat yang di tuju tepat jam 8.00 pagi. Antara aktiviti yang dilakukan di sana adalah pergi sehingga ke kaki bukit Gunung Ledang. Dalam perjalanan, murid-murid diterangkan mengenai pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat disitu. Antara pengalaman yang dialami murid, terdapat satu tumbuhan yang daunya berbulu di mana apabila digosok pada tapak tangan akan berbuih seperti sabun. 

Selepas selesai aktiviti  di kaki Gunung Ledang, murid dibenarkan mandi manda di kolam yang terdapat di situ. Murid-murid diminta untuk makan pada jam 12.30 tengah hari sebelum mereka menyambung aktiviti di kolam di bawah kelolaan pengurusan Laman Tiga Budaya. Murid-murid selesai mandi pada jam 3.00 petang, seterusnya mereka solat zohor berjemaah dan bersiap-siap untuk pulang ke sekolah. Murid-murid bergerak pulang pada jam 4.00 petang. Berikut antara gambar-gambar sepanjang percutian selama satu hari tersebut.

































Sesungguhnya percutian ini sangat seronok bagi kami warga SKBJ !!!