19 February 2019

Majlis Pelancaran Nilam & Program MENTOR MENTEE 2019.


Pada 25 Januari 2019 (Jumaat) bertempat di Surau 'Isomuddin SKBJ telah diadakan majlis Pelancaran NILAM & Program Mentor Mentee 2019. Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah adalah bertujuan menggalakan murid-murid untuk lebih giat menambahkan ilmu dengan aktiviti membaca.

Secara jujurnya, program galakan membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah telah pun dilaksanakan semenjak tahun 1999 lagi. Ia adalah usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia ketika itu. Program yang dimaksudkan adalah program NILAM. NILAM membawa maksud ‘ Nadi Ilmu Amalan Membaca ‘. Ia mencakupi semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah yang melibatkan penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun yang diakhiri dengan pengiktirafan yang bersesuaian. Program ini telah mula dilaksanakan  dengan rasminya pada tahun 1999 bagi murid tahun satu di sekolah rendah dan tingkatan satu atau peralihan di sekolah menengah, iaitu melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Matlamat dan objektif NILAM adalah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka agar terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca. Pelaksanaan program NILAM ini memerlukan penglibatan secara menyeluruh daripada warga sekolah sama ada murid-murid mahupun guru-guru. Justeru itu dengan adanya mentor diharap para mentee akan lebih terdorong untuk membaca lebih banyak buku lagi.

Untuk makluman semua, terdapat tiga komponen dalam program NILAM iaitu membaca dan merekod bahan bacaan, mengesahkan rekod dan mengumpul data serta memberi pengiktirafan dan ganjaran.  Komponen membaca dan merekod bahan bacaan adalah melibatkan murid sementara komponen  mengesahkan rekod dan mengumpul data serta memberi pengiktirafan dan ganjaran adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab guru. Berikut adalah momen-momen sepanjang berlangsungnya majlis pelancaran yang telah di sempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En Joffery bin Maulud. 



























Bantuan Awal Persekolahan Sek Keb Felda Bukit Jalor 2019.

Pada hari Khamis, 24 Januari 2019 bertempat di Dewan SKBJ telah dilangsung majlis penyerahan bantuan awal persekolahan bagi tahun 2019. Penyerahan ini telah disempurnakan oleh En Shaiful Adly bin Haji Wahab, PMC, PJK Penyelaras Dun Gemencheh. Murid-murid yang menerima bantuan telah diwakili oleh ibu bapa masing -masing untuk menerima bantuan. Berikut merupakan antara gambaran semasa penyerahan bantuan tersebut.




Turut hadir ke majlis tersebut ialah YDP PIBG SK Bukit Jalor, En Saadon bin Sadiyen dan pegawai PPD angkat bagi SK Bukit Jalor, En Aminuddin bin Jaafar.










Sebelum majlis penyerahan bantuan, En Shaiful dibawa melawat ke Smart Classroom yang menjadi kebanggaan warga SKBJ.















Sekalung perhargaan buat En Shaiful Adly bin Haji Wahab, PMC, PJK Penyelaras Dun Gemencheh atas kesudian menghadirkan diri ke Majlis ini. Semoga dapat ketemu lagi pada majlis yang akan datang. 

18 February 2019

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Tampin 2019


Pada 17 Jan 2019 (Khamis) bertempat di SMK Jelai, Gemas, telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daearh Tampin untuk Tahun 2019. SKBJ telah menghantar seramai 12 orang peserta di mana 6 orang lelaki dan 6 orang perempuan yang telah mendapat tempat teratas dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah baru-baru ini.

Berikut merupakan pencapaian SKBJ dalam kejohanan tersebut :

💎 Arif Azali (5 Bestari) - Tempat ke 16
💎 Adik Nadia Liyana Fasihah (4 Bijak) - Tempat ke-9

Tahniah kepada semua peserta yang mewakili SK (F) Bukit Jalor dalam Kejohanan Merentas Desa Daerah Tampin tahun 2019. Harap pada tahun hadapan pencapaian akan lebih meningkat lagi. Berikut merupakan antara momen-momen yang sempat dirakam sepanjang berlangsungnya kejohanan tersebut.