11 April 2019

08 April 2019

Kejohanan Hoki B12 Daerah Tampin 2019.

Pada 19 Februari 2019, satu kejohanan Hoki B12 telah disertai oleh murid-murid SKBJ. Dalam kejohanan yang telah dijalankan di SMK Tunku Besar Tampin tersebut, pasukan hoki perempuan B12 SKBJ telah berjaya mendapat naib johan di mana dalam perlawanan akhir, pasukan SKBJ telah tewas di tangan pasukan hoki B12 SK Tunku Besar dengan jaringan 0-1.

      Tahniah diucapkan kepada barisan kejurulatihan serta guru pengiring pasukan Hoki Perempuan B12 atas kejayaan yang telah digapai ini. Semoga kecemerlangan tersemai dalam warga SKBJ!!!
Berikut antara detik kejayaan pasukan Hoki Perempuan B12 dalam kejohanan yang telah disertai tersebut.









04 April 2019

Pelancaran "Program Jom Ke Sekolah" SKBJ 2019.

Pada 18 Februari 2019, telah berlangsung pelancaran Program Jom Ke Sekolah yang telah dianjurkan melalui kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling & Jawatankuasa Guru Penyayang SKBJ.  Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dan Polis Diraja Malaysa (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Justeru itu, satu program telah diadakan bagi membenteras penularan masalah disiplin di sekolah. Pihak sekolah juga telah berbesar hati menjemput Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Sarjan Abd Ghani bin Hassan, Tuan Aminuddin bin Jaafar (PPD Tampin), En Saadon bin Sadiyen (YDP PIBG SKBJ) dan En Mohammad bin Mustafa (Pengerusi PIBK SKBJ) bagi menjayakan majlis ini.

                      Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program JOM KE SEKOLAH pada awal persekolahan 2019 ini diharapkan akan menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif. 

Antara objektif program ini adalah untuk :


a) mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS. 
b) Membantu mencegahsalah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah

 dan perlakuan yang menyalahi undang-undang.

c)  Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid.



Berikut antara peristiwa yang berlaku sempat dirakam ketika majlis dilangsungkan.