SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

13 January 2020

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2020.

Pada 10 Januari 2020, telah dijayakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi tahun 2020. Objektif utama kejohanan adalah untuk memilih murid yang akan mewakilli SKBJ ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah kelak. Selama tiga hari murid telah berlatih bagi mempersiapkan diri bagi menyertai Kejohanan ini walaupun hanya di peringkat sekolah.
 
     Semua murid terlibat kecuali murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2 yang hanya terlibat dalam aktiviti senamrobik sahaja. Larian telah bermula seawal jam 8.00 pagi di mana murid-murid perlu menghabiskan larian di sekitar Felda Bukit Jalor.

























Dalam menjayakan Kejohanan ini, penglibatan pihak luar iaitu anggota RELA dan Ibu - Bapa dalam Penglibatan Ibu Bapa & Komuniti sememangnya penting bagi memastikan semua yang dirancang berjalan lancar.













































          Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada En. Akhman bin Md Nor(Penolong Pengurus Felda, Felda Bukit Jalor) Sarjan Mejar Mohd Rauzan bin Dahuri  Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dari Balai Polis Air Kuning Selatan  dan En Saadon bin Sadiyen (Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru) yang telah sudi hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah di akhir majlis. Sekalung penghargaan juga buat semua guru-guru serta anggota kumpulan sokongan sekolah yang telah sama-sama bekerjasama dalam memastikan kejohanan ini berjalan lancar dengan jayanya.