SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

11 May 2020

KADAR DAN KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH PADA TAHUN 1441H/2020M BAGI NEGERI SEMBILAN


PKPB DILANJUTKAN SEHINGGA 9 JUN - PM


                                                    



Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan selama empat minggu lagi sehingga 9 Jun ini. Jelasnya, keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

        "Walaupun kita telah mencapai banyak perkembangan positif dalam usaha memerangi wabak COVID 19, usaha kita masih belum berjaya sepenuhnya. Langkah-langkah masih perlu diambil untuk memerangi wabak ini. Dari segi pandangan umum juga saya dapati rata-rata rakyat mahukan supaya kerajaan terus mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini. Justeru, atas nasihat KKM dan MKN, saya ingin mengumumkan PKPB yang berkuat kuasa sehingga 12 Mei 2020, akan disambung lagi sehingga 9 Jun 2020, iaitu selama 4 minggu lagi," katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung hari ini.

       Tambah Muhyiddin, semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuat kuasa sehingga 9 Jun.

         "Sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa," katanya.

         Muhyiddin berkata, pelaksanaan PKPB yang bermula pada 4 Mei yang lalu berjalan dengan lancar dan teratur.

       "Tidak berlaku kesesakan luar jangka di stesen-stesen pengangkutan awam, di dalam LRT, MRT, bas, restoran dan lain-lain. Nampaknya, rata-rata rakyat mematuhi SOP yang ditetapkan," katanya.

          Kerajaan mengenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu bagi menangani penularan Covid-19, yang menyaksikan sektor ekonomi terhenti dan orang ramai tidak dibenarkan meninggalkan rumah tanpa alasan munasabah.

      Susulan penurunan kes Covid-19 baru-baru ini, kerajaan kemudian menguatkuasakan PKPB pada 4 Mei lalu, yang membenarkan hampir semua sektor ekonomi dibuka semula. Dalam ucapannya hari ini, Muhyiddin juga berkongsi tentang kajian yang dilakukan oleh sebuah agensi penyelidikan yang berpangkalan di Singapura.

         Kata Muhyiddin, berdasarkan kajian agensi itu, Malaysia berada di tangga ke empat daripada 105 buah negara dari segi tahap kepuasan hati rakyat terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.

         "Jadi, sekali lagi saya nak mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua petugas barisan hadapan kita yang telah banyak berkorban sepanjang tempoh dua tiga bulan ini untuk memastikan semua rakyat Malaysia terselamat daripada wabak Covid-19. Saya juga nak merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara-saudari sekalian seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah yang sentiasa berdisiplin mematuhi arahan PKP dan PKPB sehingga memudahkan para petugas barisan hadapan kita menangani krisis ini," katanya.

04 May 2020

SELAMAT HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA - DS MOHD ZUKI ALI


Selamat menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia buat warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Pengorbanan anggota bomba dalam memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan nyawa serta harta benda demi kesejahteraan masyarakat amatlah disanjungi.

ANDA MUNGKIN BERISIKO MENJANGKITI/DIJANGKITI COVID-19

PKPB telah pun bermula hari ini, 4 Mei 2020. Pastikan kita semua mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kita belum menang lagi, teruskan duduk rumah bagi memutuskan penularan wabak COVID19.


CEGAH KLUSTER PANTRI


03 May 2020

LINDUNGI GOLONGAN BERISIKO TINGGI COVID-19


Sumber : RTM-Radio Televisyen Malaysia

MALAYSIA PENUHI ENAM KRITERIA WHO - MKN


Sumber : Telegram Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

PENJELASAN PEMBUKAAN SEKOLAH, PERGERAKAN GURU SERTA PERKHIDMATAN KONTRAK PEMBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAH - DR HABIBAH ABDUL RAHIM

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan soalan lazim yang dapat menjelaskan pembukaan sekolah, pergerakan guru serta perkhidmatan kontrak pembersihan dan keselamatan di sekolah. 


Sumber : FB Dr. Habibah Abdul Rahim


KKM KESAN KLUSTER BARU COVID-19 DI TEMERLOH, PAHANG

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 105 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat semalam, 2 Mei 2020.

      Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 6,176, dengan kes aktif sebanyak 1,747 dan 31 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Dimaklumkan juga tiada kes kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal kepada 103 orang setakat ini,

      Dalam perkembangan sama, sebanyak 116 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 4,326. KKM turut melaporkan terdapat satu lagi kluster baru dikesan iaitu Kluster Tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang. Setakat ini, enam individu telah disahkan positif.

      Satu kluster baharu telah dikesan iaitu Kluster Tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang. Setakat ini, enam individu telah disahkan positif.

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 2, 2020

Sumber: KKM

MORATORIUM SERLAH KELEBIHAN SISTEM KEWANGAN ISLAM

Moratorium adalah satu terma kewangan yang mula menjadi bual bicara masyarakat Malaysia sejak mula diperkenalkan sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi khusus bagi menghadapi pandemik COVID-19.
      Dengan jumlah peruntukan kira-kira RM100 bilion, sudah pasti moratorium satu inisiatif perlu dimanfaatkan masyarakat terutama mereka yang mempunyai komitmen hutang tinggi dan pada masa sama, sumber pendapatan terjejas akibat COVID-19.
      Secara umum, moratorium adalah satu bentuk kebenaran yang sah dari segi undang-undang kepada penghutang bagi menangguhkan pembayaran pembiayaan dalam satu tempoh ditetapkan. Penangguhan ini adalah kepada pinjaman individu dan perniagaan seperti pinjaman pembelian perumahan, kenderaan, modal kerja dan pinjaman peribadi.
      Bagaimanapun, selepas sebulan pengenalan inisiatif ini, moratorium sekali lagi hangat diperkatakan apabila dimaklumkan mengenai caj faedah tambahan dikenakan ke atas pembayaran pembiayaan tertangguh yang dilakukan, terutama terhadap pembiayaan sewa beli dan pembiayaan dengan faedah berkadar tetap.
      Caj tambahan ini bukan sahaja terpakai terhadap pembiayaan konvensional, bahkan turut dikenakan ke atas pembiayaan Islam. Ia sedikit sebanyak merencatkan perancangan kewangan orang ramai terutama yang merancang bagi memohon inisiatif moratorium bagi mengurangkan bebanan kewangan terutama bagi menghadapi kelembapan ekonomi disebabkan COVID-19 .
        Namun, kita perlu memahami apakah kemungkinan punca menyebabkan perubahan dengan pengenalan caj tambahan ini. Dengan pengenalan moratorium, institusi kewangan terikat pelaporan kewangan, di mana mereka perlu mengemas kini nilai portfolio pembiayaan sedia ada dengan menggunakan aliran tunai terdiskaun.
       Dengan nilai pembiayaan sedia ada, pertambahan tempoh pembayaran disebabkan tambahan enam bulan moratorium akan menyebabkan nilai semasa bersih portfolio pembiayaan akan berkurangan.
       Pengurangan nilai semasa bersih ini menyebabkan institusi kewangan perlu melaporkannya sebagai peruntukan kerugian kredit yang dijangkakan di dalam penyata kewangan. Nilai kerugian inilah yang disebut bantuan berjumlah RM100 bilion daripada pelaksanaan moratorium. Namun, dengan pengenalan caj faedah tambahan, perkara ini sedikit sebanyak mengurangkan jumlah kerugian yang perlu dilaporkan.
         Maka, inilah antara sebab utama mengapa institusi kewangan dilihat cuba mengenakan caj tambahan terhadap jumlah pembayaran pembiayaan yang tertangguh disebabkan oleh moratorium.
       Dalam pelaksanaan moratorium, bank komersial di Malaysia mempunyai kaedah pelaksanaan berbeza. Bagi pembiayaan konvensional, kadar faedah yang sepatutnya dikenakan sepanjang tempoh moratorium berkemungkinan akan digandakan pada masa akan datang.
       Bagi pembiayaan Islam, kadar keuntungan yang sepatutnya dikenakan sepanjang tempoh moratorium tidak akan digandakan pada masa hadapan. Ini sejajar prinsip kewangan Islam di mana kaedah faedah digandakan diharamkan dalam Islam riba.
       Pada permulaan pengenalan moratorium, institusi kewangan konvensional dan kewangan Islam menunjukkan komitmen kepada masyarakat bagi menghadapi kegawatan ekonomi disebabkan oleh COVID-19 dengan tidak mengenakan faedah digandakan ke atas faedah atau keuntungan sepanjang tempoh moratorium ini.
        Namun, berdasarkan kenyataan dibuat Persatuan Bank di Malaysia baru-baru ini, faedah digandakan akan dikenakan ke atas pembiayaan konvensional terutama membabitkan pembiayaan sewa beli dan juga pembiayaan dengan faedah berkadar tetap.
        Bagi pembiayaan Islam, masih tidak ada sebarang pengumuman terkini terhadap caj tambahan ini. Sekiranya institusi kewangan Islam mahu mengikut jejak langkah institusi kewangan konvensional, perubahan terhadap akad perlulah dilakukan supaya tidak menyebabkan ketidakpatuhan syariah. Adalah diharapkan institusi kewangan Islam tidak mengenakan caj tambahan ini. Walaupun akad boleh diperbaharui bagi memastikan kepatuhan syariah, situasi ini sepatutnya dimanfaatkan institusi kewangan Islam bagi membuktikan bahawa prinsip Islam diguna pakai dengan tidak mengiktiraf kaedah faedah digandakan ini, sebagai salah satu kaedah yang menjamin keadilan dalam ekonomi.
         Selain itu, perubahan pengenalan caj tambahan ini juga sedikit sebanyak akan menyebabkan institusi kewangan Islam dipersoalkan keabsahan dalam pelaksanaan patuh syariah. Ini seharusnya dielakkan kerana ia melibatkan risiko reputasi dan kepercayaan masyarakat umum. Tidak dinafikan sebagai sebahagian institusi kewangan, tanggungjawab utama institusi kewangan Islam adalah untuk memaksimumkan keuntungan pendeposit dan pelabur. Bagaimanapun, melihat ekonomi semasa dan kepentingan maqasid shariah, penjagaan terhadap agama dan nyawa adalah lebih penting jika dibandingkan dengan penjagaan terhadap harta.
         Sudah semestinya pengguna lebih menghargai dan memerlukan sekiranya mereka diberikan bantuan seperti ketiadaan caj tambahan terhadap moratorium pada saat sukar seperti sekarang, berbanding dijanjikan pulangan ke atas deposit seperti biasa. Semoga keberanian diambil institusi kewangan Islam di dalam membuat keputusan yang terbaik kepada masyarakat umum akan menjadi asbab kepada kegemilangan kewangan Islam pada masa hadapan.
Penulis ialah Felo Siswazah Universiti Sains Islam Malaysia.
Sumber : bharian.com.my

KENYATAAN MEDIA KPM : SLOT PROGRAM TV PENDIDIKAN DI SALURAN TUTOR TV, ASTRO





TIP BEKERJA DARI RUMAH



SEKOLAH TIDAK DIBUKA ESOK - DR HABIBAH


Sumber : FB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

CEGAH PENULARAN COVID-19 DI TASKA








PERTAHANKAN STATUS ZON HIJAU DI KAWASAN KITA



Belajar dari punca kejadian kejadian kluster yang lalu, Jangan ulangi kesilapan yang sama.

MINGGU PERTAMA PKPB UNTUK SUSUN, RANCANG NORMAL BAHARU-DR NOOR HISHAM

KUALA LUMPUR: Minggu pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula Isnin ini perlu digunakan majikan dan pekerja untuk menyusun strategi, merancang dan melaksanakan perubahan baharu di tempat kerja masing-masing.
        Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tidak wujud keperluan bagi mana-mana sektor untuk memulakan perkhidmatan sepenuhnya, sebaliknya perlu menumpukan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam sektor masing-masing dan normal baharu di tempat kerja.
       "Majikan perlu memastikan pekerja mematuhi jarak selamat terutama di ruang yang sempit. Anda mungkin perlu menyusun semula ruang pejabat untuk memberikan lebih ruang dan selamat, kerap melakukan sanitasi di kawasan tumpuan seperti pantri dan surau, selain mengehadkan jumlah orang berjemaah dalam satu-satu masa bagi memastikan penjarakan sosial yang selamat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
       Dr Noor Hisham berkata, garis panduan yang disediakan Kementerian Kesihatan jelas, justeru kini adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk melaksanakannya.
       "Ini adalah tanggungjawab sosial kita dan kita memerlukan disiplin dan pematuhan sosial untuk melaksanakan SOP ini. Kita mesti membiasakan diri dengan normal baharu ini. Dunia sudah tidak sama lagi. Kita mesti belajar bahawa tindakan setiap individu memberi kesan terhadap bagaimana kita menguruskan COVID-19 dalam masyarakat. Kita perlu membiasakan dan menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam hidup," katanya.
       Beliau turut merakamkan penghargaan kepada petugas Kementerian Kesihatan yang bekerja sebagai satu pasukan dalam memerangi COVID-19. Walaupun Malaysia berjaya mengelakkan negara terjebak dalam kancah bencana yang lebih besar seperti yang dialami banyak negara lain, namun Dr Noor Hisham menegaskan peperangan masih belum berakhir dan minggu depan akan menyaksikan negara berjuang dalam medan peperangan baharu dengan strategi baharu.
         "Kita akan hanya memenangi peperangan ini jika kita semua rakyat Malaysia bersama-sama melaksanakan tanggungjawab sosial dengan mematuhi SOP dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan. Mari kita saling membantu untuk memastikan mereka yang kita sayangi terutama yang berisiko selamat. Mari kita pastikan Malaysia selamat dan berjaya di akhir peperangan menentang musuh tidak kelihatan ini," katanya.
Sumber : bharian.com.my

BAKUL MAKANAN UNTUK 112,638 PENEROKA FELDA SELURUH NEGARA

KUANTAN, 2 Mei 2020 - Akhirnya seramai 112,638 peneroka daripada 11 wilayah Felda di seluruh negara dapat menarik nafas lega apabila menerima bantuan barangan asas daripada Felda dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) Fasa 4 ini.
      Berdasarkan surat bantuan barangan makanan asas kepada semua peneroka yang dikeluarkan Felda pada 30 April 2020 menegaskan Felda bersetuju menyediakan bantuan kepada 112,638 peneroka daripada 317 rancangan di seluruh negara. Semua penerima akan menerima barangan keperluan yang terdiri daripada beras, gula, minyak masak, susu pekat manis, kurma, biskut krim dan mi segera. Set barangan tersebut akan disediakan oleh Koperasi Permodalan Felda Trading Sdn Bhd melalui Kedai D’Mart yang akan dihantar ke Pusat Makanan Komuniti Rancangan (PMKR) untuk diagihkan kepada peneroka.
     Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Muhammad Fadzl Hasan dalam kenyataan hari ini berkata, MBFM mengucapakan terima kasih kepada Kerajaan, Felda dan semua pihak di peringkat Kebangsaan, Wilayah serta Rancangan yang telah bermurah hati memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk barangan, kewangan, tenaga, masa dan sebagainya kepada warga Felda di negara ini.
    Sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat memberi kelegaan kepada warga Felda termasuk di negeri Pahang. Pelaksanaan PKP turut memberi kesan kepada peneroka dimana kegiatan perladangan seperti sawit dan getah turut terjejas selain peneroka tidak dapat menjana pendapatan sampingan. Sumbangan ini juga dapat digunakan oleh peneroka di bulan Ramadan yang mulia ini.
        Baru-baru ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Mustapa bin Mohamed telah mengadakan perbincangan bersama Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Mohd Shahar bin Abdullah dan barisan kepimpinan Felda di Putrajaya bagi menyelesaikan beberapa perkara demi kebaikan masa hadapan peneroka dan generasi Felda di negara ini.
         Pemberian bakul makanan daripada Felda membuktikan agensi itu dan Kerajaan terus mengambil berat warga Felda terutamanya dalam tempoh PKP ini. Warga felda seluruh negara harus bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan yang diterima sebagai tanda ingatan Felda dan Kerajaan buat mereka.
Disediakan : Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP)

Sumber : FB PahangStory/ MBFM

PKP: POLIS MAUT ANGKARA PEMANDU MABUK REMPUH SEKATAN

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis maut selepas sebuah pacuan empat roda disyaki dipandu pemandu mabuk, merempuh sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS di sini, awal pagi tadi.
       Dalam kejadian jam 2.11 pagi itu, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Susulan rempuhan yang berlaku itu, kenderaan pacuan empat roda terbabit dipercayai turut terbalik dan menghempap mangsa.
         Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata ketika kejadian mangsa bersama beberapa anggota lain sedang bertugas menjaga kawalan SJR berkenaan. Katanya, nahas berlaku apabila sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun merempuh anggota terbabit dan kenderaan polis yang berada di lokasi.
        "Laporan berhubung kejadian itu sudah dibuat oleh penyelia SJR berkenaan, namun pemandu Hilux masih belum berbuat demikian. Siasatan nahas itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya menerusi satu kenyataan, pagi ini.
     Allahyarham yang berasal dari Ipoh, Perak adalah anggota di Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang. Jenazah mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk urusan bedah siasat. Suspek yang cedera dalam kejadian itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.
       Dalam pada itu, berita dan gambar kemalangan yang menimpa anggota polis terbabit mula viral di media sosial dan sebahagian netizen kesal dengan tindakan segelintir individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengambil kesempatan selepas perintah itu dilonggarkan oleh kerajaan.
       Selain itu, netizen turut meminta hukuman berat dikenakan terhadap suspek sekiranya benar pemandu berkenaan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan berlaku kemalangan maut. Tragedi menimpa anggota polis yang bertugas itu turut dikongsi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Anuar Musa menerusi twitternya.
      Katanya, adalah sesuatu yang amat mendukacitakan apabila masih ada yang memandu dan membahayakan orang lain.
     "Apa lagi frontliners (petugas barisan hadapan) yang berkorban untuk kita semua (dalam perang melawan jangkitan COVID-19)," katanya ketika berkongsi kesedihan menimpa anggota polis berkenaan.
Sumber : bharian.com.my

COVID-19: LANGKAH BUKA OPERASI EKONOMI SETELAH AMBIL KIRA 6 KRITERIA WHO - AZMIN.

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan membenarkan hampir kesemua sektor ekonomi beroperasi bermula esok dibuat berdasarkan kejayaan Malaysia memenuhi enam kriteria yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

            Menteri Kanan (Kluster Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata keputusan itu juga dibuat dengan penuh tanggungjawab serta berhati-hati dengan menilai semua aspek termasuk keadaan kesihatan negara serta kedudukan ekonomi dan kewangan.

            Ujar beliau, langkah itu juga dibuat selepas mendapat nasihat dan pendapat daripada pakar perubatan China yang terlibat dalam penyelidikan dan pengurusan COVID-19 di negara ini sejak dua minggu lalu selain menyifatkan Malaysia bersedia untuk memulakan semula aktiviti ekonomi.

           "Keputusan ini dilihat akan memberi kesan positif terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat sekali gus mampu memacu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pelaburan langsung asing (FDI), pelaburan langsung domestik (DDI) serta menjana prospek eksport dan memastikan kelangsungan dan pekerjaan dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

CEGAH DAN ELAKKAN GELOMBANG BAHARU COVID 19


Mohon yang tiada urusan yang penting terus bertenang, duduk di rumah bersama keluarga. Kita belum lagi menang. Kelonggaran yang diberikan kerajaan bukan untuk bersuka ria. Keadaan masih lagi berbahaya buat sesiapa yang tidak ambik peduli & sambil lewa tentang penjarakan sosial dan bahayanya Covid-19.
       Lihat dan belajar apa yang terjadi di negara luar, berlaku gelombang baru setelah kerajaan melonggarkan lockdown mereka. Namun, di Malaysia apabila diberikan kelonggaran, gunakanlah sebaik-baiknya dan jangan sehingga terbawa virus Covid-19 balik ke rumah. Ia bukan setakat keluarga kita yang akan terjangkit, malah jiran tetangga sehingga ke komuniti kampung jadi tidak selamat dan berisiko tinggi untuk dijangkiti.
     Kerajaan Malaysia mungkin ada alasan tersendiri terpaksa membuka sedikit untuk bidang ekonomi. Dengan kerugian 2.4 billion sehari untuk langkah PKP dibuat, keadaan tentunya mendesak untuk tampung semula ekonomi biarpun secara perlahan. Namun apa yang dibentang oleh PM cukup jelas agar kebiasaan baru atau norma baru dipraktikkan demi untuk menjaga kesihatan rakyat dan ekonomi negara.
        Namun cabaran besar buat petugas di barisan hadapan seperti Doktor, Jururawat, Polis, Askar, Bomba & semua agensi terlibat termasuklah pada barisan belakang kerajaan mahupun swasta. Mereka belum lagi dapat bercuti bermesra bersama keluarga dalam tempoh tiga fasa PKP yang telah dilalui. Sekarang tentunya mereka sudah terasa bahangnya sekiranya kelonggaran PKP dibuat walaupun terpaksa berhempas pulas sebelum ini sehingga berjaya meratakan lekuk jangkitan Covid-19.
      Jadi jangan sia-siakan dan bersuka ria dengan kelonggaran yang diberikan. Kita harus bersatu menentang musuh yang tidak kelihatan ini bersama-sama. Ingat, kita belum lagi menang. Masih lagi ada jangkitan terhadap komuniti luar. Kita harus berjaga-jaga. Sampai bila??? Sehingga angka 'sifar

' jangkitan dalam kalangan rakyat Malaysia.

02 May 2020

SITUASI TERKINI PERKEMBANGAN PENULARAN PANDEMIK COVID-19 - MKN

Situasi terkini 2 Mei 2020 #COVID19 di Malaysia : Sebanyak 105 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 6,176 kes.

116 kes telah pulih menjadikan 4,326 pesakit telah pulih dan discaj.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 103 kes.

Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKP boleh hubungi 03-88882010.





#MovementControlOrder
#perintahkawalanpergerakan
#StayAtHome
#KitaMestiMenang

SUMBER :  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
                    Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
                     Jabatan Perdana Menteri

NORMA KEHIDUPAN BAHARU MENDEPANI PENULARAN COVID-19

Norma baharu kehidupan sebagai langkah menangani penularan COVID-19.




#covid19
#kitateguhkitamenang
#kitamestimenang
#tanganimerahlindungihijau

SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI SEMBILAN 2 MEI 2020.

Sehingga 02 Mei 2020 jam 5.00 petang, terdapat LAPAN (8) KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 adalah sebanyak 521 KES.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak TUJUH (7) KES.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 142 KES positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling,  53 KES adalah dari Kluster Rembau dan 87 KES dari Kluster Sendayan dengan SATU (1) KEMATIAN





#staysafeathome
#dudukontokontokkekghumah
#waghihseysihat
#imsnegerisembilan

Status terkini COVID-19 setakat 2 Mei 2020


Jumlah kes discaj baru: 116
Jumlah kumulatif kes discaj: 4,326 (70.0 %)

Jumlah kes baru; 105 (11 import)
Jumlah kumulatif: 6,176

Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 103 (1.69%)

Jumlah kes di ICU: 31
Pesakit Intubated: 12

Daripada 105 kes baharu yg dilaporkan hari ini, 11 kes adalah kes import.

Ini bermakna, kes penularan  tempatan adalah  94 kes termasuk 60 kes yg dikesan  dari lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan  Diperketatkan (PKPD).- KPK @DGHisham



#KitaMestiMenang #KitaTeguhKitaMenang

RISIKO DI PASARAYA MENDEPANI PENULARAN COVID-19

Pasaraya adalah tempat yang sangat berisiko menjadi pusat penyebaran sekiranya TIADA kawalan ketat dilakukan.

Risiko di pasaraya

✔️ Sukar untuk mengawal dan memastikan penjarakan sosial
✔️ Orang ramai akan berada di dalam pasaraya untuk tempoh lama > 15 minit
✔️ Banyak sentuhan objek, pakaian, kain
✔️ Pengudaraan yang terhad
✔️ Status individu yang tidak diketahui terutamanya individu yang telah dijangkitti tetapi TIDAK BERGEJALA
✔️ Kehadiran golongan berisiko seperti warga emas dan pesakit kronik.
.








⚠️ JANGAN AMBIL RISIKO ⚠️

- Pilih pembelian online
- Elakkan berkunjung di tempat yang padat dan sesak
- Lindungi keluarga anda dari jangkitan

#PutuskanRantaianCovid19 #KitaMestiMenang #KitaTeguhKitaMenang

SENARAI AKTIVITI INI TIDAK DIBENARKAN BERDASARKAN JUSTIFIKASI YANG DIKELUARKAN OLEH KKM.






PENJAWAT AWAM BERTUGAS DALAM NORMA BAHARU MULAI ISNIN -DATUK SERI MOHD ZUKI ALI

KUALA LUMPUR: Mulai Isnin ini, penjawat awam dikehendaki bertugas dalam normal baharu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, berkata ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan pembukaan sektor ekonomi dan awam bermula 4 Mei ini.

Justeru, beliau mengarahkan ketua jabatan mengambil langkah proaktif dan efektif bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang terbaik kepada rakyat dengan mengutamakan aspek keselamatan serta kebajikan awam mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"SOP itu antaranya memastikan keberadaan di pejabat kepada pegawai yang perlu.

"Penggiliran pekerja selain melaksanakan waktu anjal terutama mereka yang mempunyai kesulitan bagi penjagaan anak di rumah.

"Mesyuarat digalakkan diadakan secara maya melalui medium yang selamat dan terjamin dari segi kerahsiaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhyiddin ketika menyampaikan Perutusan Khas sempena Hari Pekerja semalam berkata, kerajaan akan melaksanakan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial mulai Isnin ini.

Ia susulan kerajaan menyedari negara kerugian RM2.4 bilion sehari sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu yang dilanjut hingga 12 Mei ini.

Mohd Zuki berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan garis panduan mengenai SOP berkenaan dalam masa terdekat.

"PKPB dan semua arahan dikeluarkan pihak berkuasa mesti dipatuhi. Elemen protokol kesihatan dan keselamatan di pejabat perlu mematuhi penjarakan sosial serta arahan semasa Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.

Sumber : bharian.com.my

SELAMAT HARI PEKERJA - DR. RADZI JIDIN


Sebagai pekerja, situasi semasa menuntut kita melaksanakan tugasan di luar kebiasaan sebelumnya. Sesetengah daripada kebiasaan ini akan membentuk satu norma baharu. Apa yang penting, dalam melakukan pekerjaan kita mesti sentiasa ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok dan duri yang akan mengait.

Selamat Hari Pekerja


.

NORMA BAHARU BUDAYA KERJA PERKHIDMATAN AWAM


SOP PEMBUKAAN SEMULA EKONOMI (SEKTOR PENDIDIKAN)


PROSEDUR OPERASI STANDARD(SOP) PEMBUKAAN SEMULA EKONOMI (SEKTOR PENJAGAAN SOSIAL)




Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Mulai 4 MEI 2020.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membolehkan operasi beberapa sektor ekonomi dibuka semula bermula 4 Mei.

Sembilan SOP ini perlu dipatuhi semua pihak terlibat termasuk kita sebagai pengguna.

1. Amalan jarak sosial yg selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter;

2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau
menggunakan hand sanitiser;

3. Penggunaan topeng muka dan hidung (facemask);

4. Saringan kesihatan di pintu masuk premis;

5. Keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU;

6. Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;

7. Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial;

8. Menggalakkan transaksi secara atas talian (online), dan

9. Melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19.

- CPRC KKM

Muka Depan Akhbar Hari Ini: Hampir semua sektor ekonomi dibuka Isnin (4 Mei 2020)





#PutuskanRantaianCovid19 #KitaMestiMenang #KitaTeguhKitaMenang