Perjumpaan Tiga Penjuru Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 telah diadakan pada 22 Jun 2015. Alhamdulillah sambutan begitu menggalakkan diterima daripada wakil ibu bapa / penjaga murid-murid SK Felda Bukit Jalor.
Program kurikulum yang melibatkan murid tahun 1 hingga tahun 6 ini antara lainnya bertujuan mewujudkan permuafakatan antara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga dalam memastikan kecemerlangan pendidikan dan akhlak murid.