SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

Showing posts with label Pengakap SKBJ. Show all posts
Showing posts with label Pengakap SKBJ. Show all posts

18 March 2019

PEK BERCUTI UNIT BERUNIFORM SKBJ 2019

Pada  16 Februari 2019, seramai 70 orang murid bersama 20 orang guru telah mengikuti rombongan Pek Bercuti Unit Beruniform SKBJ yang telah diadakan di Laman Tiga Budaya, Asahan, Melaka. Rombongan ini telah diketuai oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Asroll Effindi bin Md Nor. Tujuan diadakan percutian ini adalah untuk memberi pengalaman yang baharu kepada semua ahli unit beruniform SKBJ.

     Pada jam 7.30 pagi, murid-murid telah diminta untuk berkumpul diperkarangan sekolah di mana bas bertolak ke tempat yang di tuju tepat jam 8.00 pagi. Antara aktiviti yang dilakukan di sana adalah pergi sehingga ke kaki bukit Gunung Ledang. Dalam perjalanan, murid-murid diterangkan mengenai pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat disitu. Antara pengalaman yang dialami murid, terdapat satu tumbuhan yang daunya berbulu di mana apabila digosok pada tapak tangan akan berbuih seperti sabun. 

Selepas selesai aktiviti  di kaki Gunung Ledang, murid dibenarkan mandi manda di kolam yang terdapat di situ. Murid-murid diminta untuk makan pada jam 12.30 tengah hari sebelum mereka menyambung aktiviti di kolam di bawah kelolaan pengurusan Laman Tiga Budaya. Murid-murid selesai mandi pada jam 3.00 petang, seterusnya mereka solat zohor berjemaah dan bersiap-siap untuk pulang ke sekolah. Murid-murid bergerak pulang pada jam 4.00 petang. Berikut antara gambar-gambar sepanjang percutian selama satu hari tersebut.

































Sesungguhnya percutian ini sangat seronok bagi kami warga SKBJ !!! 


23 August 2017

ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK DAERAH TAMPIN 2017

ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK DAERAH TAMPIN 2017

Tarikh : 23 Ogos 2017
Masa : 2.30 petang
Tempat : SK Keru

Tahniah kepada murid-murid SKBJ yang menerima Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak baru-baru ini.

07 October 2016

PERKHEMAHAN PENGAKAP PERINGKAT DAERAH 2016

Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah Tampin tahun 2016 telah dijalankan pada 7 Oktober hingga 9 Oktober 2016.  SKBJ merupakan tuan rumah bagi Program Perkhemahan 2016 ini.  Berikut merupakan butiran program:

Tarikh : 7 - 9 Oktober 2016 (Jumaat - Ahad)
Tempat : SMK Dato' Mohd Taha, Gemencheh, N. Sembilan