Pada 27,28 dan 27 Julai telah diadakan Perkhemahan Unit Beruniform bagi Pengakap Daerah Tampin bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Jalor. Perkhemahan ini dijalankan adalah untuk murid -murid mengikuti Ujian Lencana Kemajuan dan Rambu PKK 2018. Perkhemahan yang dijalankan selama tiga hari ini telah disertai oleh 300 ahli pengakap dari sekolah-sekolah rendah Daerah Tampin. Perkhemahan ini telah dikelolai oleh 30 orang jurulatih pengakap daerah dan dibantu oleh seramai 30 orang urusetia. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah Base System (Kesetiaan,Sihat&Selamat, Kecekapan, Penyertaan, Perkhidmatan, Ujian Teori), Asas Perbarisan dan Malam Kebudayaan.