SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

10 August 2015

Anugerah Kebersihan Kelas - Pemenang Bulanan

Anugerah Kebersihan Kelas bagi bulan Julai 2015 telah disampaikan oleh Encik Basri bin Haji Yusof; Guru Besar SK Felda Bukit Jalor.  Tahniah diucapkan!

Berikut merupakan pemenang pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas :


PEMENANG BULANAN 
PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS

TAHAP 1 : KELAS 1 BIJAK

 TAHAP 2 : KELAS 4 BIJAK


Anugerah Kehadiran Penuh April - Julai 2015

Anugerah Kehadiran Penuh merupakan salah satu insentif yang disediakan oleh pihak sekolah untuk menarik minat murid hadir ke sekolah.

Pada bulan Januari hingga Mac, sebanyak 70 orang murid menerima anugerah berupa sijil penghargaan ini.  Pada bulan April hingga Julai, 32 orang murid mengekalkan kehadiran penuh ke sekolah.

Sasaran peratus kehadiran oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia adalah sebanyak 95%, manakala SK Felda Bukit Jalor telah mencapai 92% kehadiran murid.  Peratus pencapaian ini masih boleh ditingkatkan.

Semasa menyampaikan ucapannya, Encik Basri bin Haji Yusof; Guru Besar SK Felda Bukit Jalor berasa berbangga kerana peratus pencapaian kehadiran murid pernah mencecah sehingga 98.4% pada hari Rabu yang lepas.

Justeru, beliau berharap keadaan ini akan dapat dikekalkan sehingga ke penghujung tahun 2015.



M. Iman Irdani ini antara penerima Anugerah Kehadiran Penuh.  Tetap hadir ke sekolah walaupun patah tangan akibat bermain bola sepak.













08 August 2015

SKBJ Sekolah Transformasi 2015

Empat orang guru SK Felda Bukit Jalor dan dua orang pentadbir telah mewakili sekolah ke taklimat Program Sekolah Transformasi (PreSTasi) Zon Selatan bagi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Antara guru yang mewakili SKBJ ialah Encik Basri bin Haji Yusof; Guru Besar SKBJ, Encik Abdull Halim bin Jaafar; GPK Kurikulum, Encik Noor Zaide bin Yusof, Encik Mohd Hafiz bin Mohd Yazid, Pn. Zuraidah binti Mat Sah dan Cik Nor Hasniza binti Aziz.


Taklimat Program Sekolah Transformasi ini diadakan pada 8 Ogos 2015 (Sabtu) bertempat di Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).


Program ini dirangka untuk memberikan pendedahan dan penerangan yang lebih terperinci tentang Program Sekolah Transformasi.  SK Felda Bukit Jalor merupakan salah satu daripada lima buah sekolah di Negeri Sembilan yang terpilih mengikuti Program Sekolah Transformasi.


Lima buah sekolah transformasi di Negeri Sembilan ialah :

  • SK Felda Bukit Jalor, Gemencheh
  • SK Teluk Kemang, Port Dickson
  • SK Felda Serting Hilir 2
  • SMK Senaling, Kuala Pilah
  • SMK Dato' Shahardin, Labu





video sekolah transformasi

07 August 2015

Sambutan Aidilfitri SKBJ 2015.

Sekitar Sambutan Aidilfitri 2015.

Jutaan terima kasih kepada seluruh warga SK Felda Bukit Jalor khususnya barisan AJK Kelab Guru dan Staf SKBJ, guru-guru, kakitangan dan pekerja swasta yang bertungkus-lumus bergotong-royong menyediakan juadah sambutan hari raya 2015.  

Terima kasih juga kepada ibu bapa / penjaga dan murid-murid SKBJ atas kesudian membawa kuih-muih untuk dinikmati bersama.

Antara juadah yang disediakan termasuklah lemang, ayam masak rendang maman, laksa, sate, nasi impit & kuah kacang, koktel, tembikai, lontong dan bubur.

Semoga majlis sebegini dapat merapatkan ukhwah seluruh warga SK Felda Bukit Jalor.

Buku Program Sambutan Aidilfitri
















06 August 2015

Gotong-royong Sambutan Aidilfitri SKBJ 2015

Sambutan Aidilfitri 2015 SK Felda Bukit Jalor akan diadakan pada hari Jumaat; 7 Ogos 2015. Sambutan Aidilfitri ini dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf SKBJ yang dipengerusikan En. Noor Zaide bin Yusof.

Sambutan pada kali ini dimulakan dengan program gotong-royong perdana peringkat sekolah.  Guru-guru dan kakitangan sekolah bekerjasama menyediakan juadah bersempena majlis sambutan Aidilfitri ini.