SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

20 February 2018

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM AL FURQAN PERINGKAT SEKOLAH 2018.


Pada 9 Februari 2018 jam 8.40 pagi telah diadakan Majlis Pelancaran Program Al Furqan Peringkat Sekolah untuk tahun 2018 bertempat di Surau ‘Isomuddin SK Bukit Jalor. Program yang dianjurkan oleh  Panitia Pendidikan Islam dan Kelas Agama Petang SKBJ mendapat kerjasama daripada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Gemencheh.Seramai 10 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada pelajar MRSM hadir mengikut jadual yang ditetapkan untuk mencurahkan ilmu disamping mendidik murid-murid SK Bukit Jalor membaca Al Quran. Berbalik kepada pelancaran program ini sekalung tahniah kepada semua yang terlibat dalam memastikan program ini berjalan dengan jayanya.. Semoga jaringan kerjasama antara SKBJ dengan pihak luar dapat memantapkan penghayatan al-Quran dalam kalangan warga sekolah terutamanya anak-anak SK Felda Bukit Jalor meniti kecemerlangan baik dari segi akademik mahupun sahsiah mereka. Berikut merupakan himpunan gambar-gambar sepanjang pelancaran program ini berlangsung.











KURSUS ASAS IKAN HIASAN MURID PPKI 2018.


Pada 9 Februari 2018 bertempat di Kolej Komuniti Tampin telah diadakan kursus Asas Ikan Hiasan Murid PPKI 2018 yang telah dikelolakan oleh Unit Pendidikan Khas dan Swasta PPD Tampin. Seramai lima orang murid PPKI SKBJ turut serta dalam kursus yang telah dijalankan dengan jayanya. 

Tahniah kepada murid-murid PPKI SK Bukit Jalor yang terpilih untuk mengikuti Kursus Asas Ikan Hiasan di Kolej Komuniti Tampin. Semoga ilmu yang diperoleh ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian mereka pada hari yang mendatang. Untuk makluman, Unit PPKI SKBJ dikemudikan oleh dua orang guru yang berpengalaman iaitu Encik Arif bin Mohamad dan Puan Siti Farah binti Mohamad.Berikut merupakan himpunan gambar-gambar sepanjang dijalankan kursus ini.













Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Tampin 2018.

Pada 23 Januari 2018 telah diadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Tampin yang berlangsung di SMK Bukit Jalor. SKBJ telah menghantar seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada 10 peserta lelaki dan 10 peserta perempuan. Berikut merupakan keputusan yang telah dicapaikan oleh wakil dari SK Bukit Jalor :

🔹Kategori Lelaki 12 tahun : 
Tempat Ketiga : M. Irfan Hakimi
Tempat ke-12 : M. Khaizuan


🔹Kategori Perempuan 12 tahun :
Tempat Ketiga : Nadia Liyana Fasihah


🔹Tempat kedua kategori lelaki 12 berpasukan

Dua orang peserta telah terpilih mewakili daerah untuk ke peringkat Negeri iaitu Muhammad Irfan Hakimi dan Nadia Liyana Fasihah. Tahniah untuk atlet-atlet yang telah mengharumkan nama SKBJ di pentas daerah mahupun negeri. #MajulahSukanUntukSKBJ. 





Kejohanan Bola Baling Bawah 12 

 Peringkat Daerah Tampin 2018.


Pada 29 dan 30 Januari telah diadakan Kejohanan Bola Baling B 12 Peringkat Daerah Tampin untuk tahun 2018 yang telah diadakan di SK Rokan. SK Bukit Jalor telah menghantar dua pasukan yang terdiri daripada pasukan lelaki dan pasukan perempuan. Untuk pasukan lelaki, SKBJ diletakkan sekumpulan bersama dengan juara bertahan, SK Bukit Rokan Utara dan SK Dr Sulaiman, Tampin. Manakala pasukan perempuan sekumpulan bersama dengan SK Gemas, SK Tunku Besar Tampin dan SK Jelai 2. Kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan mudah menungguli kumpulan masing-masing dengan menjadi juara kumpulan bagi lelaki mahupun perempuan.

Selepas berjaya melepasi peringkat kumpulan, diperingkat suku akhir menemukan SKBJ dan SK Keru bagi perempuan dan SK Tungku Besar Tampin untuk lelaki. Perjuangan skuad perempuan terhenti apabila tewas tipis 1-2 kepada SK Keru. Namun nasib berbeza pula untuk skuad lelaki yang mudah menewaskan SK TBS dengan jaringan 5-1.

Skuad lelaki ke Separuh Akhir dan bertemu dengan SK Sungai Kelamah. Semangat yang membara skuad lelaki terus menyala apabila sekali menang mudah dengan jaringan 4-0 keatas pasukan SK Sungai Kelamah. Perlawanan yang ditunggu-tunggu, Juara Bertahan menunggu di Final, SK Bukit Rokan Utara. Setelah berhempas pulas, nasib tidak menyebelahi SKBJ apabila tewas 1-4 kepada SKBRU. Walaupun tewas semangat juang anak-anak Jalor haruslah dipuji kerana berjaya melangkah sehingga ke perlawanan akhir. Diharap pengalaman di pentas mematangkan mereka supaya terus cekal dalam sukan-sukan lain pula dalam meniti kecemerlangan SKBJ dipentas daerah mahupun negeri. Dua pemain pasukan lelaki, Irfan Hakimi dan Muhammad Zikri dipilih untuk mewakilli Tampin pula untuk ke peringkat Negeri. Selamat Maju Jaya untuk mereka berdua.

 #MajulahSukanUntukSKBJ!!!! Kita Apa!!!...Kita Hebat!!!...Kita Juara!!!...Jalor!! Jalor!!Jalor!!!... 




































Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En Basri bin Haji Yusof kepada semua pemain  Bola Baling SKBJ untuk pasukan lelaki.