SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

20 September 2015

Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2015 Peringkat SK Felda Bukit Jalor.

Majlis gilang-gemilang Penutupan Bulan Kebangsaan Tahun 2015 Peringkat SK Felda Bukit Jalor telah diadakan pada 18 September 2015 (Jumaat) bertempat di Dewan SKBJ.

Majlis ini merupakan acara kemuncak dan penutup kepada semua pertandingan yang dianjurkan bersempena bulan kebangsaan.  Program ini merupakan usaha sama antara Panitia Pendidikan Sivik, Panitia Sejarah, Panitia Kajian Tempatan dan Kelab Rukun Negara.

Majlis dimulakan pada pukul 10.00 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis iaitu Encik Mohd Riduzan bin Razaly. Berikut merupakan atur cara Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2015 :


10.00 pagi   -  Murid berkumpul di Dewan SKBJ                    
                        - Ucapan alu-aluan pengacara majlis                    
                        - Bacaan doa oleh al-fadhil Ustaz Haji Razali 
                        - Ucapan oleh Encik Basri bin Haji Yusof
10.45 pagi   - Persembahan murid                              
                        - Penyampaian hadiah                    
                       - Persembahan pemenang                    
                       - Nyanyian lagu patriotik 
12.00 t/hari - Bersurai


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kepada murid yang tidak memenangi apa-apa pertandingan, tahniah juga diucapkan kerana telah berusaha.  Masih banyak lagi pertandingan yang akan dijalankan.  Teruskan semangat.

Buku program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015
Ucapan oleh Guru Besar SKBJ 

Persembahan oleh murid-murid PPKI SKBJ
Persembahan oleh murid-murid Prasekolah SKBJ
Persembahan oleh murid-murid PPKI SKBJ
Pemenang tempat pertama pertandingan deklamasi sajak tahap 2
Pemenang tempat pertama pertandingan deklamasi sajak tahap 1






19 September 2015

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM MURID PRASEKOLAH BINTANGKU & PPKI SKBJ

Prasekolah Bintangku & PPKI SK Felda Bukit Jalor telah menganjurkan pertandingan pakaian merdeka.  Sambutan hangat diterima daripada murid-murid Prasekolah Bintangku, murid-murid PKKI juga ibu bapa yang turut sama menyediakan pakaian terbaik untuk anak masing-masing.






KEPUTUSAN PERTANDINGAN KELAS MERDEKA 2015

Pertandingan Hiasan Kelas Merdeka merupakan salah satu program yang dijalankan bersempena dengan Bulan Kebangsaan 2015.  Pertandingan ini melibatkan kelas dari tahun 1 hingga tahun 6.  Guru kelas dan murid-murid gigih menyiapkan hiasan kelas merdeka sehingga tarikh akhir penilaian iaitu pada 11 September 2015 yang lalu.

Hakim bertauliah iaitu Ustazah Che Faridah binti Mamat dan Cik Humairahidora binti Ali akbar merupakan hakim yang melakukan penilaian dari kelas ke kelas.

Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan :

PEMENANG PERTANDINGAN KELAS MERDEKA

TEMPAT PERTAMA : 
TAHUN 5 BIJAK (PN. ZURAIDAH BT. MAT SAH)


TEMPAT KEDUA : 
TAHUN 1 BIJAK (PN. NOR LIZA BINTI AZIZ)


TEMPAT KETIGA : 
TAHUN 3 BESTARI (PN. SALIHIN BINTI NARAWI)


Tahniah kepada semua pemenang.  Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua guru kelas, guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan semua pihak yang turut sama memainkan peranan dalam menjayakan pertandingan ini.

Bersama-sama menghayati erti kemerdekaan.












08 September 2015

Pertandingan Deklamasi Sajak Hari Kebangsaan 2015.

Pertandingan deklamasi sajak tahap 1 dan tahap 2 bersempena Hari Kebangsaan peringkat SK Felda Bukit Jalor telah berlangsung pada minggu lepas. 

Pertandingan ini merupakan salah satu daripada program yang dirangka oleh Panitia Sivik dan Kelab Rukun Negara. Memandangkan sambutan hangat diterima daripada murid-murid tahap 1 dan 2, pertandingan deklamasi sajak telah dijalankan selama dua hari. 

Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahun 1 hingga tahun 5. Jumlah penyertaan tidak dihadkan semata-mata untuk memberikan peluang yang sama rata kepada setiap murid, tidak kira sama ada murid tersebut merupakan penyajak hebat pilihan guru kelas, atau mungkin hanya seorang murid biasa yang jarang menonjolkan diri di khalayak ramai. 

Perkara terpenting yang disasarkan adalah memupuk sikap berani mencuba dan berdikari dalam diri murid, di samping mendidik murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap program sekolah. 

Justeru, pelbagai ragam, gaya dan aksi yang dapat dilihat sejak sebelum bermulanya pertandingan dan pada hari berlangsungnya pertandingan. Para peserta sibuk mencari sajak yang bersesuaian, berlatih sajak di dalam kelas, perpustakaan dan di rumah, tidak kurang juga yang mendaftar diri pada saat-saat akhir atas dorongan rakan sebaya.

Apapun, tahniah kepada semua peserta deklamasi sajak. Sesungguhnya kamu telah selangkah menang berbanding orang lain. Semoga terus menjadi murid yang bersemangat!


Jumlah peserta deklamasi sajak
tahun 1, 2 dan 3 adalah seramai 

26 orang

manakala

Jumlah peserta deklamasi sajak
tahun 4 dan 5 adalah seramai 

19 orang