Pertandingan deklamasi sajak tahap 1 dan tahap 2 bersempena Hari Kebangsaan peringkat SK Felda Bukit Jalor telah berlangsung pada minggu lepas.
Pertandingan ini merupakan salah satu daripada program yang dirangka oleh Panitia Sivik dan Kelab Rukun Negara. Memandangkan sambutan hangat diterima daripada murid-murid tahap 1 dan 2, pertandingan deklamasi sajak telah dijalankan selama dua hari.
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahun 1 hingga tahun 5. Jumlah penyertaan tidak dihadkan semata-mata untuk memberikan peluang yang sama rata kepada setiap murid, tidak kira sama ada murid tersebut merupakan penyajak hebat pilihan guru kelas, atau mungkin hanya seorang murid biasa yang jarang menonjolkan diri di khalayak ramai.
Perkara terpenting yang disasarkan adalah memupuk sikap berani mencuba dan berdikari dalam diri murid, di samping mendidik murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap program sekolah.
Justeru, pelbagai ragam, gaya dan aksi yang dapat dilihat sejak sebelum bermulanya pertandingan dan pada hari berlangsungnya pertandingan. Para peserta sibuk mencari sajak yang bersesuaian, berlatih sajak di dalam kelas, perpustakaan dan di rumah, tidak kurang juga yang mendaftar diri pada saat-saat akhir atas dorongan rakan sebaya.
Apapun, tahniah kepada semua peserta deklamasi sajak. Sesungguhnya kamu telah selangkah menang berbanding orang lain. Semoga terus menjadi murid yang bersemangat!
Jumlah peserta deklamasi sajak
tahun 1, 2 dan 3 adalah seramai
26 orang
manakala
Jumlah peserta deklamasi sajak
tahun 4 dan 5 adalah seramai
19 orang
No comments :
Post a Comment