Delegasi dari IPG KRM telah diberi penerangan oleh Tuan Guru Besar, En Basri bin Haji Yusof di "Smart Classroom" mengenai perkembangan terkini situasi di SKBJ.
Wakil guru dari SKBJ yang terdiri daripada Ketua Panitia Mata Pelajaran Teras serta guru penyelaras TS25 turut serta dalam menerima lawatan dari IPG KRM.
Sesi soal jawab dan perkongsian amalan terbaik antara IPG KRM dan SKBJ telah berlangsung dengan jayanya
Guru-guru yang terlibat turut diminta untuk menjawab soal selidik mengenai Indeks Integrasi ICT Dalam Pendidikan (3iPen). 3iPen yang mempunyai penanda aras pengintegrasian ICT yang sepatutnya dicapai oleh sekolah. Sistem ini akan memberi gambaran profil tahap pengintegrasian ICT yang meliputi kepimpinan, pengajaran dan pembelajaran, pembangunan profesional,sumber dan komuniti.
Sekalung budi buat IPG Kampus Raja Melewar dalam memilih SKBJ untuk dilakukan penataran ICT bagi sekolah kohort 1 TS25.
Sayang ketupat berisi-isi ;
Bila dibelah boleh dimakan ,
Jangan diumpat jangan di keji ;
Salah dan silap harap maafkan.
No comments :
Post a Comment