SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

19 September 2023

Wakaf Dato’ Tahir

 

 Sejarah Wakaf Dato’ M Tahir

Wakaf Dato’ M Tahir bermula dibina pada Mac 2019 dengan kerjasama daripada warga SKBJ. Wakaf ini dibiayai sepenuhnya daripada Y.D.H Orang Kaya Besar Setia Raja Dato’ M Tahir Sharif. Beliau dengan berbesar hati telah memberi sumbangan ribuan ringgit untuk membina wakaf ini. Sehubungan dengan itu, wakaf ini diberi nama Wakaf Dato’ M Tahir. Pembinaan wakaf ini juga merupakan inisiatif dan idea daripada Tuan Guru Besar SKBJ, En Jofferry bin Maulud yang ingin mewujudkan satu identiti baharu SKBJ dengan membina tempat rehat bagi guru-guru serta murid-murid. Wakaf ini juga memberi seribu erti kepada guru-guru dan warga SKBJ. Wakaf ini telah dijadikan sebagai tempat rehat kepada murid-murid, guru-guru serta warga SKBJ. Wakaf Dato’ M Tahir ini juga sesuai dijadikan tempat bacaan untuk murid-murid di samping tempatnya berdekatan dengan sebuah kolam yang pasti mendamaikan sesiapa sahaja yang berehat di situ.

 

Reka Bentuk Seni Bina Wakaf Dato’ Tahir.

Seni bina wakaf Dato’ M Tahir bercirikan kepada Rumah Tradisional Melayu. Kesenian pertukangan yang turun temurun daripada zaman berzaman turut diselitkan dalam pembinaan wakaf ini. Pada awal pembinaannya, wakaf ini menggabungkan rekaan melayu tradisional sepenuhnya dengan beratapkan rumbia pada bumbungnya. Namun selepas dua tahun pembinaannya atap rumbia tersebut digantikan dengan atap genting.

Seni bina Wakaf Dato’ M Tahir yang mengekalkan Seni Bina Melayu Tradisional

 

Kini, dengan berbumbungkan genting, keistimewaan wakaf ini tetap dikekalkan. Walaupun beratapkan genting secara tidak langsung menambahkan lagi ciri-ciri melayu moden masa kini. Pencampuran identiti ciri-ciri Rumah Melaka pada binaan tangga batu dihadapannya. Tangga yang berbatu tersebut cukup selesa untuk murid-murid duduk berkomunikasi antara mereka. Disebelah tangga berbatu itu juga diletakkan sebuah tempayan dan terdapat juga batok disisi sebagai salah satu penerapan unsur KBAT di mana murid-murid dapat mengenali peribahasa, Bagai Melepaskan Batok di Tangga yang bermaksud seseorang yang melakukan kerja tetapi tidak selesai. Dengan adanya wakaf ini memberi seribu erti kepada warga SKBJ dan merupakan satu identiti baharu untuk sekolah ini.

 

 

Aktiviti yang dilakukan di Wakaf Dato’ M Tahir.

Wakaf Dato’ M Tahir dijadikan tempat sesi fotografi bersempena Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah Tahun 2022.


Wakaf Dato’ M Tahir dijadikan tempat rakaman muzik video permainan pasukan Tumbuk Kalang Sri Warisan SKBJ.

 

Wakaf Dato’ M Tahir dijadikan tempat sesi fotografi bersempena Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah Tahun 2022.


Wakaf Dato’ M Tahir dijadikan tempat istirahat guru-guru dan warga SKBJ dalam apa jua aktiviti yang dijalankan.

 


Sedikit penerangan oleh Guru Besar, En Jofferry bin Maulud semasa lawatan Penanda Arasan yang dilakukan oleh SK Gemas.


Guru Besar, En Jofferry bin Maulud memberi sedikit penerangan ketikan lawatan Penanda Arasan daripada SK Gedok.

 


Wakaf Dato’ M Tahir dijadikan tempat beristirahat oleh guru-guru selepas waktu persekolahan tamat.


Sesi fotografi Majlis Perayaan Aidilfitri peringkat sekolah dilakukan berlatar belakangkan Wakaf Dato’ M Tahir.

 

Sesi PDPC bagi murid pemulihan kadang kala dijalankan di Wakaf Dato’ M Tahir.



Murid –murid menjalankan aktiviti berkumpulan Minggu Anti Dadah di Wakaf Dato’ M Tahir.

 

 

Murid –murid Tahap 1 melakukan aktiviti membaca pada waktu rehat di Wakaf Dato’ M Tahir.

 

 


Murid –murid Tahap 2 juga tidak melepaskan peluang untuk berehat dan  melakukan aktiviti membaca pada waktu rehat di Wakaf Dato’ M Tahir.

 


Murid –murid boleh memilih sama ada berehat ataupun melakukan aktiviti pembacaan di Wakaf Dato’ M Tahir.

 

Impak kepada Perkembangan Sahsiah Murid.

Murid pemulihan sering dibawa untuk sesi pdpc di wakaf ini. Memandangkan terdapat pelbagai bahan bacaan yang diletakkan di wakaf ini, ia sememangnya tempat yang strategik dalam melakukan aktiviti PDPC luar bilik darjah. Murid dapat merasai satu pengalaman yang baharu apabila melakukan sesi pdpc luar ruang lingkup bilik darjah. Secara tidak langsung, membina satu persekitaran yang baharu buat murid-murid pemulihan. Dengan pendekatan ini secara tidak langsung menarik murid pemulihan kepada isi PDPC memandangkan tempat yang baharu bagi mereka sememangnya dapat menarik minat mereka. Menurut perangkaan terbaharu, murid pemulihan semakin ramai yang sudah boleh membaca dan ditempatkan semula ke kelas perdana. Justeru itu, dapat dilihat pembelajaran pada persekitaran yang baharu

Dikala waktu senggang selepas makan pada waktu rehat, murid-murid boleh berehat di wakaf ini sambil melakukan aktiviti Nilam. Terdapat pelbagai bahan bacaan diletakkan di wakaf ini sama ada bahan berbahasa Melayu serta bahan bacaan berbahasa Inggeris.

Selain itu juga wakaf ini selalu dijalankan untuk aktiviti yang berasaskan kumpulan seperti Minggu Anti dadah, Kem Bestari Solat, Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah, Minggu Matematik serta juga diadakan aktiviti kumpulan bagi Dekad Bahasa Kebangsaan.

 

Impak kepada Perkembangan Sosial Guru.

Wakaf Dato’ M Tahir sering dijadikan tempat berkumpul bagi guru-guru melakukan perbincangan yang tidak rasmi. Wakaf ini juga dijadikan tempat menunggu bagi guru-guru sebelum mereka masuk ke dalam kelas bagi menjalankan sesi PDPC. Jika sekiranya terdapat hebahan segera maklumat bagi guru-guru. Wakaf ini juga dijadikan sebagai pusat penyebaran segera maklumat kepada warga SKBJ.

Dengan terbinanya wakaf Dato’ M Tahir ini, hubungan antara guru dapat dipereratkan lagi melalui jalinan kerjasama guru dan staf sekolah serta pekerja pembersihan sekolah. Jika sekiranya pada hari Jumaat, guru-guru yang mempunyai rezeki lebih membawa juadah. Pastinya jamuan tersebut akan dilakukan di wakaf Dato’ M Tahir. Justeru itu, dapat dilihat segala hubungan yang baik terjalin bermula dengan suatu ukhwah antara sesama manusia. Maka wakaf ini sebagai medium kepada pertemuan tersebut yang menjadi tempat wajib dikunjungi apabila bertandang di Sek Keb Bukit Jalor.