Sejarah Wakaf Dato’ M Tahir
Wakaf Dato’ M Tahir bermula dibina pada Mac 2019 dengan kerjasama
daripada warga SKBJ. Wakaf ini dibiayai sepenuhnya daripada Y.D.H Orang Kaya
Besar Setia Raja Dato’ M Tahir Sharif. Beliau dengan berbesar hati telah memberi
sumbangan ribuan ringgit untuk membina wakaf ini. Sehubungan dengan itu, wakaf
ini diberi nama Wakaf Dato’ M Tahir. Pembinaan wakaf ini juga merupakan
inisiatif dan idea daripada Tuan Guru Besar SKBJ, En Jofferry bin Maulud yang
ingin mewujudkan satu identiti baharu SKBJ dengan membina tempat rehat bagi
guru-guru serta murid-murid. Wakaf ini juga memberi seribu erti kepada
guru-guru dan warga SKBJ. Wakaf ini telah dijadikan sebagai tempat rehat kepada
murid-murid, guru-guru serta warga SKBJ. Wakaf Dato’ M Tahir ini juga sesuai
dijadikan tempat bacaan untuk murid-murid di samping tempatnya berdekatan
dengan sebuah kolam yang pasti mendamaikan sesiapa sahaja yang berehat di situ.
Reka Bentuk Seni Bina Wakaf Dato’ Tahir.
Seni bina wakaf Dato’ M Tahir bercirikan kepada Rumah Tradisional Melayu. Kesenian pertukangan yang turun temurun daripada zaman berzaman turut diselitkan dalam pembinaan wakaf ini. Pada awal pembinaannya, wakaf ini menggabungkan rekaan melayu tradisional sepenuhnya dengan beratapkan rumbia pada bumbungnya. Namun selepas dua tahun pembinaannya atap rumbia tersebut digantikan dengan atap genting.
Kini, dengan berbumbungkan genting, keistimewaan wakaf ini tetap dikekalkan. Walaupun beratapkan genting secara tidak langsung menambahkan lagi ciri-ciri melayu moden masa kini. Pencampuran identiti ciri-ciri Rumah Melaka pada binaan tangga batu dihadapannya. Tangga yang berbatu tersebut cukup selesa untuk murid-murid duduk berkomunikasi antara mereka. Disebelah tangga berbatu itu juga diletakkan sebuah tempayan dan terdapat juga batok disisi sebagai salah satu penerapan unsur KBAT di mana murid-murid dapat mengenali peribahasa, Bagai Melepaskan Batok di Tangga yang bermaksud seseorang yang melakukan kerja tetapi tidak selesai. Dengan adanya wakaf ini memberi seribu erti kepada warga SKBJ dan merupakan satu identiti baharu untuk sekolah ini.
Aktiviti yang dilakukan di Wakaf Dato’ M Tahir.
Wakaf Dato’ M Tahir dijadikan
tempat rakaman muzik video permainan pasukan Tumbuk Kalang Sri Warisan
SKBJ. |
Wakaf Dato’ M Tahir dijadikan
tempat istirahat guru-guru dan warga SKBJ dalam apa jua aktiviti yang
dijalankan. |
Guru Besar, En Jofferry bin
Maulud memberi sedikit penerangan ketikan lawatan Penanda Arasan daripada
SK Gedok. |
Sesi fotografi Majlis Perayaan Aidilfitri
peringkat sekolah dilakukan berlatar belakangkan Wakaf Dato’ M Tahir. |
Murid –murid menjalankan aktiviti
berkumpulan Minggu Anti Dadah di Wakaf Dato’ M Tahir. |
Murid –murid Tahap 1 melakukan aktiviti
membaca pada waktu rehat di Wakaf Dato’ M Tahir. |
Murid –murid Tahap 2 juga tidak
melepaskan peluang untuk berehat dan
melakukan aktiviti membaca pada waktu rehat di Wakaf Dato’ M Tahir. |
Murid –murid boleh memilih sama
ada berehat ataupun melakukan aktiviti pembacaan di Wakaf Dato’ M Tahir. |
Impak kepada Perkembangan Sahsiah Murid.
Murid pemulihan sering dibawa untuk sesi pdpc di wakaf ini. Memandangkan
terdapat pelbagai bahan bacaan yang diletakkan di wakaf ini, ia sememangnya
tempat yang strategik dalam melakukan aktiviti PDPC luar bilik darjah. Murid
dapat merasai satu pengalaman yang baharu apabila melakukan sesi pdpc luar
ruang lingkup bilik darjah. Secara tidak langsung, membina satu persekitaran
yang baharu buat murid-murid pemulihan. Dengan pendekatan ini secara tidak
langsung menarik murid pemulihan kepada isi PDPC memandangkan tempat yang
baharu bagi mereka sememangnya dapat menarik minat mereka. Menurut perangkaan
terbaharu, murid pemulihan semakin ramai yang sudah boleh membaca dan
ditempatkan semula ke kelas perdana. Justeru itu, dapat dilihat pembelajaran
pada persekitaran yang baharu
Dikala waktu senggang selepas makan pada waktu rehat, murid-murid
boleh berehat di wakaf ini sambil melakukan aktiviti Nilam. Terdapat pelbagai
bahan bacaan diletakkan di wakaf ini sama ada bahan berbahasa Melayu serta
bahan bacaan berbahasa Inggeris.
Selain itu juga wakaf ini selalu dijalankan untuk aktiviti yang
berasaskan kumpulan seperti Minggu Anti dadah, Kem Bestari Solat, Bulan Bahasa
Kebangsaan peringkat sekolah, Minggu Matematik serta juga diadakan aktiviti
kumpulan bagi Dekad Bahasa Kebangsaan.
Impak kepada Perkembangan Sosial Guru.
Wakaf Dato’ M Tahir sering dijadikan tempat berkumpul bagi
guru-guru melakukan perbincangan yang tidak rasmi. Wakaf ini juga dijadikan
tempat menunggu bagi guru-guru sebelum mereka masuk ke dalam kelas bagi
menjalankan sesi PDPC. Jika sekiranya terdapat hebahan segera maklumat bagi
guru-guru. Wakaf ini juga dijadikan sebagai pusat penyebaran segera maklumat
kepada warga SKBJ.
Dengan terbinanya wakaf Dato’ M Tahir ini, hubungan antara guru
dapat dipereratkan lagi melalui jalinan kerjasama guru dan staf sekolah serta
pekerja pembersihan sekolah. Jika sekiranya pada hari Jumaat, guru-guru yang
mempunyai rezeki lebih membawa juadah. Pastinya jamuan tersebut akan dilakukan
di wakaf Dato’ M Tahir. Justeru itu, dapat dilihat segala hubungan yang baik
terjalin bermula dengan suatu ukhwah antara sesama manusia. Maka wakaf ini
sebagai medium kepada pertemuan tersebut yang menjadi tempat wajib dikunjungi
apabila bertandang di Sek Keb Bukit Jalor.
No comments :
Post a Comment