Pada jam 7.30 pagi, murid-murid telah diminta untuk berkumpul diperkarangan sekolah di mana bas bertolak ke tempat yang di tuju tepat jam 8.00 pagi. Antara aktiviti yang dilakukan di sana adalah pergi sehingga ke kaki bukit Gunung Ledang. Dalam perjalanan, murid-murid diterangkan mengenai pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat disitu. Antara pengalaman yang dialami murid, terdapat satu tumbuhan yang daunya berbulu di mana apabila digosok pada tapak tangan akan berbuih seperti sabun.
Selepas selesai aktiviti di kaki Gunung Ledang, murid dibenarkan mandi manda di kolam yang terdapat di situ. Murid-murid diminta untuk makan pada jam 12.30 tengah hari sebelum mereka menyambung aktiviti di kolam di bawah kelolaan pengurusan Laman Tiga Budaya. Murid-murid selesai mandi pada jam 3.00 petang, seterusnya mereka solat zohor berjemaah dan bersiap-siap untuk pulang ke sekolah. Murid-murid bergerak pulang pada jam 4.00 petang. Berikut antara gambar-gambar sepanjang percutian selama satu hari tersebut.
Sesungguhnya percutian ini sangat seronok bagi kami warga SKBJ !!!
No comments :
Post a Comment