SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

23 July 2018

LAWATAN PENANDA ARASAN AHLI-AHLI JKPA LUAK 1 KE SEKOLAH TRANSFORMASI SK BUKIT JALOR.


Pada 19 Julai 2018, lebih kurang 16 pelawat yang terdiri daripada Pegawai PPD Tampin, Pengetua Sekolah Menengah, Guru Besar serta guru - guru ICT dari sekolah-sekolah sekitar Gemencheh telah melakukan lawatan Penanda Arasan ke SK Bukit Jalor. Lawatan tersebut turut disertai oleh Pn Nan Ayu yang mewakilli Tuan PPD Tampin.

Lawatan diadakan untuk melihat sejauh mana perjalanan Transformasi Sekolah direncanakan oleh warga SKBJ. Para pelawat telah dibawa untuk melihat sendiri persekitaran sekolah dan bilik-bilik khas yang terdapat di SKBJ. Antara bilik-bilik khas yang dilawati ialah Pusat Akses Sekolah(PuAS), Smart Classroom (Bilik Abad 21) dan Bengkel Kemahiran Hidup. Para pelawat juga dibawa melawat ke Kolam Ikan yang merupakan tarikan terbaru bagi mereka yang datang ke SKBJ.














































Pada awalnya, dalam sesi taklimat yang dijalankan di Makmal Komputer Sekolah, Pn Nan Ayu yang mewakilli Tuan PPD menyatakan bahawa kejayaan transformasi SKBJ adalah disebabkan gandingan kuat antara barisan pentadbir, guru-guru dan Persatuan Ibu Bapa &Guru (PIBG) serta Persatuan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK) yang telah bekerjasama dalam melakukan segala aktiviti yang dirancang di sekolah. Beliau juga menyatakan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara yang diamalkan oleh semua SKBJ merupakan tunjang dalam kejayaan Transformasi SKBJ.  Dewasa ini juga, beliau nyatakan bahawa guru-guru SKBJ sudah lali dengan lawatan daripada pihak luar kerana dalam diri guru-guru sudah disemai dengan semangat bersedia menghadapi apa jua cabaran. Dalam akhir ucapannya beliau berpesan kepada para guru yang hadir untuk cedok dan ambil mana yang baik daripada SKBJ untuk dilaksanakan di sekolah pula nanti.

28 March 2018

LAWATAN CASE BASED LEARNING TS25 OLEH DELEGASI DARI IPG KAMPUS RAJA MELEWAR, NEGERI SEMBILAN.

Seramai empat orang pensyarah dari Institut Pendidikan Guru(IPG) Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan telah berbesar hati melawat ke SKBJ untuk melihat perkembangan Sekolah Tranformasi dalam Program Transformasi Sekolah 2025(TS25). Mereka hadir untuk melihat sejauh mana pelaksanaan  ICT dalam membantu sekolah terutama kepada kepimpinan sekolah. Lawatan yang bermula seawal jam 10.00 pagi itu diketuai oleh Dr Abdul Manan Kasdi dan disertai oleh Dr Noziati Borhan, Dr Farah bte Mukhtar dan Pn Zaharilah.


Delegasi dari IPG KRM telah diberi penerangan oleh Tuan Guru Besar, En Basri bin Haji Yusof di "Smart Classroom" mengenai perkembangan terkini situasi di SKBJ.


Wakil guru dari SKBJ yang terdiri daripada Ketua Panitia Mata Pelajaran Teras serta guru penyelaras TS25 turut serta dalam menerima lawatan dari IPG KRM.



Sesi soal jawab dan perkongsian amalan terbaik antara IPG KRM dan SKBJ telah berlangsung dengan jayanya 





Guru-guru yang terlibat turut diminta untuk menjawab soal selidik  mengenai Indeks Integrasi ICT Dalam Pendidikan (3iPen). 3iPen yang mempunyai penanda aras pengintegrasian ICT yang sepatutnya dicapai oleh sekolah. Sistem ini akan memberi gambaran profil tahap pengintegrasian ICT yang meliputi kepimpinan, pengajaran dan pembelajaran, pembangunan profesional,sumber dan komuniti.



Sekalung budi buat IPG Kampus Raja Melewar dalam memilih SKBJ untuk dilakukan penataran ICT bagi sekolah kohort 1 TS25.



Sayang ketupat berisi-isi ;
Bila dibelah boleh dimakan ,
Jangan diumpat jangan di keji ;
Salah dan silap harap maafkan.

06 March 2018

Larian Za'ba 2018


Pada 24 Februari 2018 telah diadakan larian Terbuka Za'ba Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 yang telah melibatkan belia-belia diseluruh Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain antaranya Negeri Pahang, Perak, Melaka dan Johor. Program ini juga turut melibatkan individu dari negara luar kerana kategori antarabangsa juga turut dpertandingkan.


      Majlis telah disempurnakan oleh T.Y.T Dato' Seri Hasan bin Malek, Parlimen Kuala Pilah merangkap Duta Malaysia ke Kemboja. Turut bersama merasmikan program ini ialah Tuan Pengetua Sekolah Sukan Negeri Sembilan Zaba Kuala Pilah dan ikon Larian Terbuka Zaba, Irfan khairi.

        Enam kategori yang dipertandingkan masing-masing menawarkan hadiah wang tunai dan sijil penyertaan peringkat kebangsaan. Sek Keb Bukit Jalor turut menghantar wakil ke larian terbuka tersebut. Seramai 82 orang murid bersama 7 orang guru dan 2 orang staf sokongan telah berjaya menyertai dengan jayanya larian tersebut. 

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menghantar wakil SKBJ ke larian tesebut.
Majulah Sukan Untuk SKBJ!!!