Pada 18 Februari 2019, telah berlangsung pelancaran Program
Jom Ke Sekolah yang telah dianjurkan melalui kerjasama Unit Bimbingan dan
Kaunseling & Jawatankuasa Guru Penyayang SKBJ. Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaborasi antara Kementerian Pendidikan
Malaysia(KPM) dan Polis Diraja Malaysa (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin
dan salah laku murid.Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)
di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Justeru itu, satu program telah diadakan bagi membenteras
penularan masalah disiplin di sekolah. Pihak sekolah juga telah berbesar hati
menjemput Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Sarjan Abd Ghani bin Hassan, Tuan
Aminuddin bin Jaafar (PPD Tampin), En Saadon bin Sadiyen (YDP PIBG SKBJ) dan En
Mohammad bin Mustafa (Pengerusi PIBK SKBJ) bagi menjayakan majlis ini.
Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan pihak PDRM
membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang
dan mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua
pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan
konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program JOM
KE SEKOLAH pada awal persekolahan 2019 ini diharapkan akan menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid
yang lebih positif.
Antara objektif program ini adalah untuk :
a) mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara
pihak sekolah dan pihak PPS.
b) Membantu mencegahsalah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah
dan perlakuan yang menyalahi undang-undang.
c) Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid.
Berikut antara peristiwa yang berlaku sempat dirakam ketika majlis
dilangsungkan.
No comments :
Post a Comment