Mohon yang tiada urusan yang penting terus bertenang, duduk di rumah bersama keluarga. Kita belum lagi menang. Kelonggaran yang diberikan kerajaan bukan untuk bersuka ria. Keadaan masih lagi berbahaya buat sesiapa yang tidak ambik peduli & sambil lewa tentang penjarakan sosial dan bahayanya Covid-19.
Lihat dan belajar apa yang terjadi di negara luar, berlaku gelombang baru setelah kerajaan melonggarkan lockdown mereka. Namun, di Malaysia apabila diberikan kelonggaran, gunakanlah sebaik-baiknya dan jangan sehingga terbawa virus Covid-19 balik ke rumah. Ia bukan setakat keluarga kita yang akan terjangkit, malah jiran tetangga sehingga ke komuniti kampung jadi tidak selamat dan berisiko tinggi untuk dijangkiti.
Kerajaan Malaysia mungkin ada alasan tersendiri terpaksa membuka sedikit untuk bidang ekonomi. Dengan kerugian 2.4 billion sehari untuk langkah PKP dibuat, keadaan tentunya mendesak untuk tampung semula ekonomi biarpun secara perlahan. Namun apa yang dibentang oleh PM cukup jelas agar kebiasaan baru atau norma baru dipraktikkan demi untuk menjaga kesihatan rakyat dan ekonomi negara.
Namun cabaran besar buat petugas di barisan hadapan seperti Doktor, Jururawat, Polis, Askar, Bomba & semua agensi terlibat termasuklah pada barisan belakang kerajaan mahupun swasta. Mereka belum lagi dapat bercuti bermesra bersama keluarga dalam tempoh tiga fasa PKP yang telah dilalui. Sekarang tentunya mereka sudah terasa bahangnya sekiranya kelonggaran PKP dibuat walaupun terpaksa berhempas pulas sebelum ini sehingga berjaya meratakan lekuk jangkitan Covid-19.
Jadi jangan sia-siakan dan bersuka ria dengan kelonggaran yang diberikan. Kita harus bersatu menentang musuh yang tidak kelihatan ini bersama-sama. Ingat, kita belum lagi menang. Masih lagi ada jangkitan terhadap komuniti luar. Kita harus berjaga-jaga. Sampai bila??? Sehingga angka 'sifar
No comments :
Post a Comment