SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

03 May 2020

COVID-19: LANGKAH BUKA OPERASI EKONOMI SETELAH AMBIL KIRA 6 KRITERIA WHO - AZMIN.

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan membenarkan hampir kesemua sektor ekonomi beroperasi bermula esok dibuat berdasarkan kejayaan Malaysia memenuhi enam kriteria yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

            Menteri Kanan (Kluster Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata keputusan itu juga dibuat dengan penuh tanggungjawab serta berhati-hati dengan menilai semua aspek termasuk keadaan kesihatan negara serta kedudukan ekonomi dan kewangan.

            Ujar beliau, langkah itu juga dibuat selepas mendapat nasihat dan pendapat daripada pakar perubatan China yang terlibat dalam penyelidikan dan pengurusan COVID-19 di negara ini sejak dua minggu lalu selain menyifatkan Malaysia bersedia untuk memulakan semula aktiviti ekonomi.

           "Keputusan ini dilihat akan memberi kesan positif terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat sekali gus mampu memacu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pelaburan langsung asing (FDI), pelaburan langsung domestik (DDI) serta menjana prospek eksport dan memastikan kelangsungan dan pekerjaan dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

No comments :

Post a Comment