SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

27 February 2016

THINKING DAY SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

Adik Norshafikah binti Ishak dari kelas 6 Bijak telah mewakili SK Felda Bukit Jalor menyertai Program Thinking Day Sedunia Peringkat Kebangsaan di Hotel Seri Negeri, Melaka.

Tahniah atas komitmen!



24 February 2016

LDP BENGKEL MENGEMAS KINI DATA APDM

LDP BENGKEL MENGEMAS KINI DATA APDM

Tarikh : 24 Mac 2016 (Rabu)
Masa : 1.45 petang
Tempat : Makmal Komputer SKBJ
Penceramah / Fasilitator : En. Jasmin bin Hussain (GPK HEM)



19 February 2016

PEMANTAUAN KELAS ABAD KE-21

Pemantauan kelas abad ke-21 telah dijalankan oleh Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Abad ke-21 yang diketuai oleh Encik Noor Zaide bin Yusof.  Pemantauan ini adalah untuk memberikan pendedahan lebih lanjut tentang prasarana kelas abad ke-21 di samping menambah baik kelas.





17 February 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG SKBJ KALI KE-40

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 telah dijalankan pada 17 Januari 2016 dan dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Isam bin Haji Mohd Isa; ADUN Gemencheh, Negeri Sembilan.

Majlis dimulakan dengan persembahan murid-murid di bawah pimpinan En. Mohd Razi bin Abd Samad, dan diikuti ucapan Guru Besar dan ucapan perasmian YB Tuan Mohd Isam.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran YB, barisan-barisan tetamu kehormat, guru-guru, ibu bapa / penjaga dan semua pihak yang memberikan sokongan kepada pihak sekolah selama ini.

Terima kasih juga kepada YB Tuan Mohd Isam atas sumbangan yang diberikan demi pembangunan pendidikan anak-anak SK Felda Bukit Jalor.













16 February 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG & PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2016

Mesyuarat Agung PIBG SK Felda Bukit Jalor dan Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2016.

Tarikh   : 17 Februari 2016 (Rabu)
Masa     : 2.30 petang
Tempat  : Dewan SK Felda Bukit Jalor
Perasmi : YB Tuan Mohd Isam bin Haji Mohd Isa

Bersama-sama mengimarahkan majlis ini demi masa depan pendidikan anak-anak kita.


15 February 2016

PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2016

Tahniah diucapkan kepada adik M. Fakhrullah bin Kamaruzaman dari kelas 6 Bestari yang memenangi tempat ke-13 dalam acara Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Sembilan 2016.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada murid-murid lain untuk sama-sama mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.

SKBJ boleh!


11 February 2016

LDP BENGKEL ASAS KOMPUTER 2016

Tajuk : Bengkel Asas Komputer dan Format Komputer menggunakan Windows7
Tarikh : 11 Februari 2016 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer
Penceramah / Fasilitator : Encik Ahmad Sallehuddin bin Markhalim
Sasaran : Semua AKP SK Bukit Jalor








08 February 2016

Gred Terkini Peperiksaan 2016

Berikut merupakan gred terkini bagi peperiksaan tahun 2016.

Gred Sekolah Rendah 2016
Gred Menengah Rendah 2016
Gred Menengah Atas 2016

03 February 2016

Bengkel Rubrik SKPM S4 & Penetapan SKT 2016

Bengkel Rubrik SKPM S4 & Penetapan SKT 
Tarikh : 3 Februari 2016 
Masa : 1.30-3.00 petang 
Penceramah : En. Abdull Halim bin Jaafar