SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

26 August 2015

Aktiviti Mewarna Jalur Gemilang

Panitia Pendidikan Sivik dan Kelab Rukun Negara telah menjalankan pertandingan mewarna bendera Jalur Gemilang bersempena Bulan Kebangsaan 2015.

Pertandingan ini dijalankan mengikut kelab masing-masing.  Pelbagai ragam dan keletah dapat dilihat sepanjang berlangsungnya pertandingan ini.  Murid-murid diterapkan nilai murni bekerjasama, semangat berpasukan, tidak berputus asa, gigih, berdikari dan menerapkan unsur kebersihan semasa menghasilkan Jalur Gemilang.

Keputusan pertandingan akan diumumkan semasa hari kemuncak Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2015.  Jadi diharapkan semua ahli kelab dapat bersabar dan menerima keputusan dengan hati terbuka.  Semoga berjaya menghayati erti sebenar kemerdekaan.





Taklimat Program Sekolah Transformasi dan Pembelajaran Abad ke-21.

Taklimat Program Sekolah Transformasi dan Pembelajaran Abad ke-21 kepada warga SK Felda Bukit Jalor telah dijalankan pada 25 Ogos 2015 bertempat di makmal komputer.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Basri bin Yusof; Guru Besar SKBJ dan Encik Abdull Halim bin Jaafar; GPK Kurikulum SKBJ.

Terdahulu, Tuan Guru Besar dan GPK Kurikulum telah dipanggil berkursus di Genting Highlands tentang Program Sekolah Transformasi (PreSTasi).







Pegawai SIP Plus SKBJ

Pada 25 Ogos 2015, SK Felda Bukit Jalor telah menerima kunjungan daripada pegawai SIP Plus dari PPD Tampin yang baru.

Encik Sharif; Pegawai SIP+ telah membuat pemantauan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 di kelas-kelas tahap 1.

Encik Sharif bin Ebok; Pegawai SIP+ 
bersama Encik Basri b. Hj. Yusof ; Guru Besar SKBJ


24 August 2015

Majlis Perasmian Program Mini Asrama SKBJ 2015

Majlis perasmian Program Mini Asrama SK Felda Bukit Jalor telah diadakan pada hari Isnin; 24 Ogos 2015 bertempat di Dewan SKBJ.

Program ini merupakan salah satu daripada program yang dirangka oleh Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR.  Program ini juga merupakan salah satu usaha daripada pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi calon-calon UPSR sehingga ke saat akhir.  Program Mini Asrama ini dijalankan bermula 24 Ogos 2015 sehingga 4 September 2015.

Majlis perasmian program telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Encik Ridwan bin Idris; pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.  Encik Ridwan turut menyampaikan perkongsian motivasi mendidik anak kepada para ibu bapa / penjaga yang hadir.

Program yang julung-julung kali diadakan ini diharapkan mendapat kerjasama erat daripada ibu bapa / penjaga.  Sebarang permasalahan atau pandangan untuk  melancarkan lagi perjalanan program bolehlah diutarakan kepada pihak sekolah.  

Kami selaku warga pendidik di SKBJ amatlah berbesar hati dan berterima kasih atas sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit yang diberikan oleh ibu bapa / penjaga calon-calon UPSR 2015.  Hanya Allah jua yang mampu membalasnya.



Click here to get more Divider Greetings from MasterGreetings.com
free glitter text and family website at FamilyLobby.com
Jumlah kehadiran ibu bapa / penjaga 
yang hadir semasa 
Majlis Perasmian Program Mini Asrama 
adalah seramai 
33 / 39 orang.
Click here to get more Divider Greetings from MasterGreetings.com













Ibu bapa / penjaga menyediakan bekal makanan kepada anak-anak.  Terima kasih!










         

20 August 2015

SKBJ Tuan Rumah Pertandingan Futsal dan Bola Jaring Prasekolah Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2015

SK Felda Bukit Jalor untuk julung-julung kalinya akan menjadi tuan rumah Pertandingan Futsal dan Bola Jaring Prasekolah Peringkat Negeri Sembilan.

Pada hari ini; 20 Ogos 2015 SKBJ menerima kunjungan daripada wakil-wakil jawatankuasa pertandingan yang hadir untuk bermesyuarat tentang pelaksanaan pertandingan ini.

Pihak sekolah amatlah berbesar hati kerana terpilih sebagai tuan rumah.  Segala kekurangan harap dimaafi.  Bersama-sama kita memartabatkan sukan tanah air!