SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

01 July 2015

PLC Learning Walk Panitia Bahasa Melayu

Panitia Bahasa Melayu SK Felda Bukit Jalor telah menjalankan PLC Learning Walk dengan bimbingan SISC+ Bahasa Melayu PPD Tampin; Encik Yusuf b. Bujai dan SISC+ Bahasa Inggeris PPD Tampin.

Seramai tiga orang guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang terlibat iaitu Encik Ahmad Azmi bin Yatim Bakhtiar, Puan Salihin bt. Narawi dan Encik Mohd Hairi bin Mansor.

Antara aspek yang dilihat ialah bahagian set induksi, aktiviti murid, rumusan, penglibatan murid dan sebagainya.  Puan Lily Azura bt. Abd Kadir selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu, Encik Abdull Halim b. Jaafar; GPK1 dan Cik Nor Hasniza bt. Aziz; guru Bahasa Melayu turut sama terlibat dalam PLC Learning Walk ini.

Pelbagai ilmu dan bimbingan yang telah diberikan oleh pihak SISC+ kepada guru-guru SKBJ.  Semoga aktiviti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi meningkatkan kualiti pengajaran guru di dalam bilik darjah.

Penerangan daripada SISC+ PPD Tampin
Kelas Cikgu Ahmad Azmi
Kelas Cikgu Salihin
Kelas Cikgu Hairi
Semasa sesi perbincangan 
Ketua Panitia Bahasa Melayu menyampaikan hasil dapatan Learning Walk
untuk dikongsi bersama guru-guru lain semasa perhimpunan pagi.

No comments :

Post a Comment