SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

20 October 2015

Peperiksaaan Akhir Tahun 2015

Makluman terkini Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) 2015. PAT masih berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan. Peperiksaan yang ditangguh pada hari Isnin; 19/10/2015 dan Selasa; 20/10/2015 akan dijalankan pada hari Isnin dan Selasa minggu berikutnya iaitu pada 26/10/2015 & 27/10/2015. 

Harap maklum.


12 October 2015

Rambu Pengakap 2015

Tahniah kepada kumpulan Pengakap Kanak-kanak (PKK) SK Felda Bukit Jalor 2015 yang berjaya mendapatkan Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak yang dijalankan pada minggu lepas di Kem Pengakap Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.










10 October 2015

Hari Sukan Negara 2015

Hari Sukan Negara peringkat SK Felda Bukit Jalor telah diadakan pada 10 Oktober 2015 serentak dengan sambutan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan.

Hari Sukan Negara SKBJ telah dimulakan dengan acara senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Riduzan bin Razaly, diikuti dengan acara berjalan 1000 langkah, sukan futsal, bola baling dan sukaneka.












01 October 2015

CPD Program Sekolah Transformasi 2015

Pada 1 Oktober 2015, SK Felda Bukit Jalor telah didatangi oleh wakil daripada Program Sekolah Transformasi iaitu Encik Manoharan (IAB), Puan Hajah Jamaliah (IPGM Kampus Raja Melewar) dan Puan Nan Ayu (PPD Tampin).

Pelbagai perkongsian ilmu telah diberikan kepada guru-guru SKBJ tentang Program Sekolah Transformasi ini.

Berikut merupakan rakaman gambar sepanjang program tersebut berlangsung bermula dari slot pagi bersama Team SIT hingga ke petang.