SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

28 April 2016

LDP VLE FROG 2016

LDP Penggunaan VLE Frog dalam PdP (vol. 2)
Tarikh : 20 April 2016 (Rabu)
Masa : 1.45 petang
Tempat : Makmal Komputer SKBJ
Fasilitator/Penceramah : En. Abd Rofa bin Ab Rahman; Guru ICT SKBJ






26 April 2016

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015

Tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 :
Pn. Nor Liza bt Aziz (Opsyen BM)
En. Abdull Halim b. Jaafar (GPK1)
Pn. Lily Azura bt. Abd Kadir (Opsyen BM)
En. Norfazli b. Md Nor (Guru Prasekolah Lima Bintang Daerah Tampin)

Juga tahniah kepada Prasekolah Bintangku SK Felda Bukit Jalor atas penganugerahan Prasekolah Lima Bintang sempena Anugerah Kualiti PPD Tampin 2015.

22 April 2016

ISU ULAR : LANGKAH KESELAMATAN

Berikutan isu haiwan berbisa seperti ular yang banyak berkeliaran pada musim panas, pihak sekolah telah mengambil beberapa langkah keselamatan. 

Antaranya, murid akan beratur di luar kelas terlebih dahulu. Guru waktu pertama akan memeriksa persekitaran kelas. 

Sekiranya keadaan telah dipastikan selamat, murid akan masuk ke dalam kelas dan belajar seperti biasa. 

Murid-murid juga diharapkan dapat menjaga keselamatan diri dan peka dengan keadaan sekeliling. 

Sekiranya ditimpa kemalangan di persekitaran sekolah, sila maklumkan segera kepada mana-mana guru. Bersama-sama mengutamakan keselamatan.






PENGGUNAAN MINI WHITEBOARD PDP ABAD KE-21

Antara contoh mini whiteboard yang digunakan oleh kelas-kelas di SKBJ. Mini whiteboard digunakan semasa sesi pembelajaran dan perbincangan berkumpulan. 

Mini whiteboard juga merupakan salah satu ciri PdP Abad ke-21. Terima kasih kepada semua guru, murid-murid dan ibu bapa yang turut menyumbang wang untuk membeli mini whiteboard ini. Jasamu dikenang!






MAJLIS BACAAN YASIN SETIAP PAGI JUMAAT


Salam Jumaat. 
Majlis Bacaan Yasin pada setiap hari Jumaat, 7.15 pagi di surau SKBJ.



21 April 2016

LDP VLE FROG 2016

LDP Penggunaan VLE Frog dalam PdP (vol. 2)
Tarikh : 20 April 2016 (Rabu)
Masa : 1.45 petang
Tempat : Makmal Komputer SKBJ
Fasilitator/Penceramah : En. Abd Rofa bin Ab Rahman; Guru ICT SKBJ





20 April 2016

UJIAN SEGAK 2016

Sedang berlangsung Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Malaysia (SEGAK) tahun 2016 di Dewan Felda Bukit Jalor. 

Terdapat lima set Ujian SEGAK iaitu : 
Pengiraan indeks jisim badan 
Ujian naik turun bangku selama tiga minit 
Ujian tekan tubi 
Ujian ringkuk tubi separa 
Ujian jangkauan melunjur