26 January 2016

TAHNIAH, SKBJ : JOHAN MERENTAS DESA SEKOLAH RENDAH DAERAH TAMPIN 2016.

SKBJ sekali lagi melakar kejayaan untuk permulaan tahun 2016 dengan pencapaian johan untuk acara merentas desa sekolah rendah daerah Tampin.

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada adik Mohd. Fakhrullah bin Kamarul Zaman atas pencapaian membanggakan mengekalkan kejuaraan dalam acara merentas desa.


Majlis penyampaian hadiah dan sijil kepada semua peserta telah disempurnakan oleh Encik Basri bin Haji Yusof; Guru Besar SK Felda Bukit Jalor.  Tahniah kepada semua pemenang dan peserta.  Semoga beroleh kejayaan yang berterusan pada masa akan datang! SKBJ boleh!



Click here to get more Divider Greetings from MasterGreetings.com
free glitter text and family website at FamilyLobby.com
Berikut merupakan senarai nama pemenang
Kejohanan Merentas Desa MSSD Tampin 2016:


Tempat pertama (L) : 
M. Fakhrullah bin Kamarul Zaman (6 Bestari)

Tempat kelapan (L) : 
M. Amar Syarifuddin (6 Bestari)

Tempat ketiga belas (L) : 
M. Al- Azim (5 Bestari)

Tempat keempat belas (L) : 
M. Adam Haziq bin Anuar (5 Bijak)

Tempat keenam belas (L) : 
Alif Aiman (5 Bijak)

Tempat keempat belas (P) : 
Farah Mardiana (5 Bestari)

Click here to get more Divider Greetings from MasterGreetings.com










22 January 2016

Majlis Penutupan Program Transisi SKBJ 2016

Majlis Penutupan Program Transisi SK Felda Bukit Jalor tahun 2016 telah dilangsungkan pada hari ini 22 Januari 2016 (Jumaat).  Majlis ini disempurnakan oleh Encik Basri bin Haji Yusof; Guru Besar SK Felda Bukit Jalor.

Untuk makluman semua ibu bapa / penjaga murid-murid tahun 1, Program Transisi bermula sejak hari pertama persekolahan, iaitu 4 Januari 2016 hingga minggu ketiga persekolahan, iaitu pada 22 Januari 2016.

Sepanjang tempoh tiga minggu transisi ini, murid-murid didedahkan dengan pelbagai hal-hal berkaitan persekolahan oleh guru-guru mata pelajaran tahun 1.  Diharapkan pendedahan awal ini mampu menjadikan murid-murid serasi dan mesra dengan persekitaran sekolah.  InshaAllah.

Selamat belajar, adik-adik!
















21 January 2016

PLC Learning Walk Panitia 2016

PLC Learning Walk until seamier panitia-panitia SK Felda Bukit Jalor telah dijalankan sekitar bulan Januari 2016.  Pelbagai dapatan, panduan dan perkongsian ilmu yang diperolehi sepanjang berlangsungnya PLC ini.  PLC kolaborasi antara mata pelajaran juga turut dijalankan untuk sama-sama berkongsi idea.

















Program Transisi Tahun 1 SKBJ 2016

Program Transisi untuk murid tahun 1 telah dijalankan bermula 4 Januari 2016 dan akan berlangsung selama tiga minggu.  Program ini diketuai oleh penyelaras program iaitu Puan Nor Liza binti Aziz.