SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

10 August 2015

Anugerah Kehadiran Penuh April - Julai 2015

Anugerah Kehadiran Penuh merupakan salah satu insentif yang disediakan oleh pihak sekolah untuk menarik minat murid hadir ke sekolah.

Pada bulan Januari hingga Mac, sebanyak 70 orang murid menerima anugerah berupa sijil penghargaan ini.  Pada bulan April hingga Julai, 32 orang murid mengekalkan kehadiran penuh ke sekolah.

Sasaran peratus kehadiran oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia adalah sebanyak 95%, manakala SK Felda Bukit Jalor telah mencapai 92% kehadiran murid.  Peratus pencapaian ini masih boleh ditingkatkan.

Semasa menyampaikan ucapannya, Encik Basri bin Haji Yusof; Guru Besar SK Felda Bukit Jalor berasa berbangga kerana peratus pencapaian kehadiran murid pernah mencecah sehingga 98.4% pada hari Rabu yang lepas.

Justeru, beliau berharap keadaan ini akan dapat dikekalkan sehingga ke penghujung tahun 2015.



M. Iman Irdani ini antara penerima Anugerah Kehadiran Penuh.  Tetap hadir ke sekolah walaupun patah tangan akibat bermain bola sepak.













No comments :

Post a Comment