SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

04 October 2018

SMART CLASSROOM SEKOLAH TRANSFORMASI SK BUKIT JALOR.

Bersempena dengan Program Transformasi Sekolah, SKBJ telah menwujudkan satu bilik darjah yang mengaplikasikan kepada Abad 21. Bilik darjah tersebut dinamakan dengan nama "SMART CLASSROOM".

"SMART CLASSROOM”  adalah bilik darjah yang meningkatkan teknologi yang memupuk peluang untuk pengajaran dan pembelajaran serta pemudahcaraan dengan mengintegrasikan teknologi pembelajaran, seperti komputer, perisian khusus, teknologi respon penonton, alat mendengar bantuan, rangkaian, dan keupayaan audio / visual. “SMART CLASSROOM” juga membawa sokongan, reka bentuk, dan perancangan untuk ruang pembelajaran yang bersifat merentasi sempadan.

Melalui medium ini, murid diberi peluang dan kebebasan untuk meneroka aspek pembelajaran kendiri dalam memaksimumkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri mereka. Justeru itu, dengan adanya "SMART CLASSROOM" ini, secara tidak langsung mendidik murid untuk mengetahui mengenai isu-isu semasa dan dunia luar dengan sendirinya.Kemudahan moden yang disediakan di dalam bilik darjah ini dapat menarik minat dan tumpuan murid terhadap pengajaran guru sekali gus membantu meningkatkan prestasi akademik mereka. Berikut antara fasiliti yang terdapat di "SMART CLASSROOM" yang telah dibuka sepenuhnya selepas perasmian yang dilakukan oleh YB Dato Mohd Isam bin Haji Mohd Isa (ADUN Kawasan Gemencheh) pada 13 Mac 2018 yang lalu.





















No comments :

Post a Comment