22 June 2015

Perjumpaan Tiga Penjuru PPT 2015

Perjumpaan Tiga Penjuru Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 telah diadakan pada 22 Jun 2015.  Alhamdulillah sambutan begitu menggalakkan diterima daripada wakil ibu bapa / penjaga murid-murid SK Felda Bukit Jalor.

Program kurikulum yang melibatkan murid tahun 1 hingga tahun 6 ini antara lainnya bertujuan mewujudkan permuafakatan antara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga dalam memastikan kecemerlangan pendidikan dan akhlak murid.

Semoga kerjasama akan berterusan dari semasa ke semasa demi melahirkan bangsa Malaysia yang cemerlang.


Jumlah kehadiran ibu bapa / penjaga begitu memberangsangkan.
Sesi penyerahan keputusan peperiksaan.

No comments :

Post a Comment