22 January 2016

Majlis Penutupan Program Transisi SKBJ 2016

Majlis Penutupan Program Transisi SK Felda Bukit Jalor tahun 2016 telah dilangsungkan pada hari ini 22 Januari 2016 (Jumaat).  Majlis ini disempurnakan oleh Encik Basri bin Haji Yusof; Guru Besar SK Felda Bukit Jalor.

Untuk makluman semua ibu bapa / penjaga murid-murid tahun 1, Program Transisi bermula sejak hari pertama persekolahan, iaitu 4 Januari 2016 hingga minggu ketiga persekolahan, iaitu pada 22 Januari 2016.

Sepanjang tempoh tiga minggu transisi ini, murid-murid didedahkan dengan pelbagai hal-hal berkaitan persekolahan oleh guru-guru mata pelajaran tahun 1.  Diharapkan pendedahan awal ini mampu menjadikan murid-murid serasi dan mesra dengan persekitaran sekolah.  InshaAllah.

Selamat belajar, adik-adik!
















2 comments :