28 March 2018

LAWATAN CASE BASED LEARNING TS25 OLEH DELEGASI DARI IPG KAMPUS RAJA MELEWAR, NEGERI SEMBILAN.

Seramai empat orang pensyarah dari Institut Pendidikan Guru(IPG) Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan telah berbesar hati melawat ke SKBJ untuk melihat perkembangan Sekolah Tranformasi dalam Program Transformasi Sekolah 2025(TS25). Mereka hadir untuk melihat sejauh mana pelaksanaan  ICT dalam membantu sekolah terutama kepada kepimpinan sekolah. Lawatan yang bermula seawal jam 10.00 pagi itu diketuai oleh Dr Abdul Manan Kasdi dan disertai oleh Dr Noziati Borhan, Dr Farah bte Mukhtar dan Pn Zaharilah.


Delegasi dari IPG KRM telah diberi penerangan oleh Tuan Guru Besar, En Basri bin Haji Yusof di "Smart Classroom" mengenai perkembangan terkini situasi di SKBJ.


Wakil guru dari SKBJ yang terdiri daripada Ketua Panitia Mata Pelajaran Teras serta guru penyelaras TS25 turut serta dalam menerima lawatan dari IPG KRM.



Sesi soal jawab dan perkongsian amalan terbaik antara IPG KRM dan SKBJ telah berlangsung dengan jayanya 





Guru-guru yang terlibat turut diminta untuk menjawab soal selidik  mengenai Indeks Integrasi ICT Dalam Pendidikan (3iPen). 3iPen yang mempunyai penanda aras pengintegrasian ICT yang sepatutnya dicapai oleh sekolah. Sistem ini akan memberi gambaran profil tahap pengintegrasian ICT yang meliputi kepimpinan, pengajaran dan pembelajaran, pembangunan profesional,sumber dan komuniti.



Sekalung budi buat IPG Kampus Raja Melewar dalam memilih SKBJ untuk dilakukan penataran ICT bagi sekolah kohort 1 TS25.



Sayang ketupat berisi-isi ;
Bila dibelah boleh dimakan ,
Jangan diumpat jangan di keji ;
Salah dan silap harap maafkan.

No comments :

Post a Comment