SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

18 February 2019

Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1, 2019 Sek Keb Felda Bukit Jalor.

Pada 18 Januari 2019, telah diadakan majlis Penutupan Minggu Transisi bagi murid tahun 1 yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En Joffery bin Maulud di kelas tahun 1.  Berikut adalah beberapa momen yang sempat dirakam sepanjang berlangsungnya majlis penutupan tersebut.














Sepanjang minggu transisi yang dilangsung selama tiga minggu tersebut, pelbagai maklumat tentang sekolah telah didedahkan kepada murid-murid tahun 1. Antaranya ialah pengurusan kelas dan suai kenal antara rakan-rakan yang lain. Turut diselitkan ilah asas disiplin dan peraturan sekolah serta penyebarluaskan maklumat dalam buku peraturan sekolah. Murid-murid juga turut diperkenalkan dengan bilik-bilik khas yang terdapat di sekolah ini.

Murid juga diminta menghafal lagu "Kami Murid Baru" selain dari tiga buah lagu yang biasa dinyanyikan pada setiap hari Isnin di tapak perhimpunan. Semua aktiviti yang dirancang telah dikendalikan dengan jayanya melalui kerjasam guru-guru tahun 1 dan pihak pentadbiran sekolah. Diharap murid-murid tahun 1 cepat belajar mengenai budaya SKBJ yang merupakan salah sebuah sekolah transformasi pada peringkat daerah Tampin.

No comments :

Post a Comment