SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

02 January 2020

HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN SESI 2020

Hari ini merupakan hari yang pertama bagi sesi persekolahan tahun 2020. Murid-murid dan guru-guru dilihat sangat bersemangat bagi memulakan sesi persekolahan yang baharu tahun ini. Murid awal pagi diminta berkumpul di dewan sekolah untuk mendengar amanat daripada barisan pentadbir di mana merupakan ucapan sulung di awal pagi sesi persekolahan 2020. Berikut merupakan antara aksi murid-murid dan guru-guru yang sempat dirakam pada awal pagi tadi.




Pada hari ini juga, sekolah turut menerima kunjungan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) iaitu Sarjan Mejar Mohd Rauzan bin Dahuri dari Balai Polis Air Kuning Selatan. Beliau turut sama-sama melihat murid yang menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) makan di kantin sekolah. 




Semoga permulaan yang cemerlang ini berterusan sehingga akhir tahun. 

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID KE SESI PERSEKOLAHAN 2020.

No comments :

Post a Comment