SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

22 April 2016

ISU ULAR : LANGKAH KESELAMATAN

Berikutan isu haiwan berbisa seperti ular yang banyak berkeliaran pada musim panas, pihak sekolah telah mengambil beberapa langkah keselamatan. 

Antaranya, murid akan beratur di luar kelas terlebih dahulu. Guru waktu pertama akan memeriksa persekitaran kelas. 

Sekiranya keadaan telah dipastikan selamat, murid akan masuk ke dalam kelas dan belajar seperti biasa. 

Murid-murid juga diharapkan dapat menjaga keselamatan diri dan peka dengan keadaan sekeliling. 

Sekiranya ditimpa kemalangan di persekitaran sekolah, sila maklumkan segera kepada mana-mana guru. Bersama-sama mengutamakan keselamatan.






No comments :

Post a Comment