20 February 2018

Kejohanan Bola Baling Bawah 12 

 Peringkat Daerah Tampin 2018.


Pada 29 dan 30 Januari telah diadakan Kejohanan Bola Baling B 12 Peringkat Daerah Tampin untuk tahun 2018 yang telah diadakan di SK Rokan. SK Bukit Jalor telah menghantar dua pasukan yang terdiri daripada pasukan lelaki dan pasukan perempuan. Untuk pasukan lelaki, SKBJ diletakkan sekumpulan bersama dengan juara bertahan, SK Bukit Rokan Utara dan SK Dr Sulaiman, Tampin. Manakala pasukan perempuan sekumpulan bersama dengan SK Gemas, SK Tunku Besar Tampin dan SK Jelai 2. Kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan mudah menungguli kumpulan masing-masing dengan menjadi juara kumpulan bagi lelaki mahupun perempuan.

Selepas berjaya melepasi peringkat kumpulan, diperingkat suku akhir menemukan SKBJ dan SK Keru bagi perempuan dan SK Tungku Besar Tampin untuk lelaki. Perjuangan skuad perempuan terhenti apabila tewas tipis 1-2 kepada SK Keru. Namun nasib berbeza pula untuk skuad lelaki yang mudah menewaskan SK TBS dengan jaringan 5-1.

Skuad lelaki ke Separuh Akhir dan bertemu dengan SK Sungai Kelamah. Semangat yang membara skuad lelaki terus menyala apabila sekali menang mudah dengan jaringan 4-0 keatas pasukan SK Sungai Kelamah. Perlawanan yang ditunggu-tunggu, Juara Bertahan menunggu di Final, SK Bukit Rokan Utara. Setelah berhempas pulas, nasib tidak menyebelahi SKBJ apabila tewas 1-4 kepada SKBRU. Walaupun tewas semangat juang anak-anak Jalor haruslah dipuji kerana berjaya melangkah sehingga ke perlawanan akhir. Diharap pengalaman di pentas mematangkan mereka supaya terus cekal dalam sukan-sukan lain pula dalam meniti kecemerlangan SKBJ dipentas daerah mahupun negeri. Dua pemain pasukan lelaki, Irfan Hakimi dan Muhammad Zikri dipilih untuk mewakilli Tampin pula untuk ke peringkat Negeri. Selamat Maju Jaya untuk mereka berdua.

 #MajulahSukanUntukSKBJ!!!! Kita Apa!!!...Kita Hebat!!!...Kita Juara!!!...Jalor!! Jalor!!Jalor!!!... 




































Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En Basri bin Haji Yusof kepada semua pemain  Bola Baling SKBJ untuk pasukan lelaki.


No comments :

Post a Comment