SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

21 February 2018

Program Peningkatan Prestasi UPSR 2018.

Majlis Perjumpaan Tiga Penjuru & Aku Janji Murid Tahun 6 2018.

Pada 13 Februari 2018, telah diadakan perjumpaan tiga penjuru buat julung kalinya pada tahun ini. Majlis yang bermula jam 12.30 tengah hari ini bertujuan memberi Peluang kepada penjaga/ibu bapa/guru  dan pelajar berinteraksi supaya dalam membincangkan sahsiah anak-anak terutama di sudut akademik sepanjang proses pengajian mereka di sekolah ini. Hal ini juga dapat membuka peluang murid, guru dan ibu bapa sendiri memperbaiki sebarang kelemahan yang dihadapi semasa diskusi nanti.

Seramai 25 orang yang terdiri daripada ibu/bapa serta penjaga murid tahun 6 telah hadir memeriahkan majlis disamping telah menaikkan semangat anak-anak mereka menghadapi peperiksaan UPSR kelak. Selain itu majlis ini diadakan adalah untuk :

1.  Ibu bapa / penjaga berpeluang berkenalan dengan para guru  yang mengajar anak-anak kalian
2. Ibu bapa / penjaga juga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak dalam meniti persiapan menghadapi peperiksaan UPSR nanti.
3. Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak sepanjang mereka berada di sekolah
5. Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan warga sekolah.

Dalam majlis ini juga, diselitkan penerangan mengenai hala tuju prestasi UPSR untuk tahun ini yang ditaklimatkan oleh GPK Pentadbiran, En Abdull Halim bin Jaafar. Dalam penerangan beliau, En Abdull Halim telah memberi maklumat terkini kepada ibu/bapa serta penjaga mengenai aplikasi Cocostar yang dipelopori oleh  Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JNPS). Beliau juga telah menyatakan dengan lebih lanjut perancangan Peningkatan Prestasi murid-murid tahun 6 dalam menghadapi penilaian menyeluruh yang akan mereka terima pada akhir tahun nanti. Berikut merupakan antara gambar semasa perjumpaan berlangsung dan Aku Janji yang dilakukan oleh murid-murid tahun 6 dihadapan ibu/bapa serta penjaga mereka.



Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah, YDP PIBG SK Bukit Jalor, En Saadon bin Sadien, Pengerusi JKKK Felda Bukit Jalor, En Rosli bin Baharuddin dan Wakil Pengurus Felda, Felda Bukit Jalor En Mohd Khairul Nizam.


Murid-murid Tahun 6 melafazkan ikrar Aku Janji dengan penuh semangat waja.







Wakil ibu bapa serta penjaga, En Rodzi bin Teriman dan En Rosli bin Baharuddin menerima Pelaporan Profil murid untuk anak-anak masing-masing.








Ibu bapa serta penjaga melakukan pendaftaran terlebih dahulu sebelum masuk ke dewan.






Wajah-wajah calon UPSR Tahun 2018, semoga terus cemerlang hendaknya dalam peperiksaan UPSR dan menerima Pelaporan yang baik bagi meniti alam persekolahan menengah. 





No comments :

Post a Comment