SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

02 October 2018

Aktiviti Sempena Bulan Kebangsaan Peringkat SKBJ 2018.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan bersempena dengan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Permainan Tradisional, Pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat Sekolah dan Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster untuk murid tahap 1 dan tahap 2. Aktiviti yang dijalankan diharap dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga SKBJ. Pertandingan mendeklamasikan sajak yang diadakan di Surau 'Isomuddin terbuka untuk semua murid tahap 2. Penyertaan yang diterima sangat menggalakkan dari murid-murid tahap 2. Pertandingan ini juga sebagai medium untuk memilih wakil sekolah dan sebagai wadah untuk disemai semangat cintakan negara dalam kalangan murid.







Pada 30 0gos 2018 pula, telah diadakan pertandingan mewarna untuk tahap 1 dan pertandingan melukis poster bagi tahap 2. Pertandingan ini telah dijalankan di kelas masing-masing. Hadiah lumayan yang ditawarkan menyebabkan peserta begitu gigih dalam menyiapkan karya masing-masing. Berikut merupakan beberapa momen sepanjang pertandingan dijalankan.




















Seterusnya telah diadakan permainan tradisional untuk semua warga SKBJ. Terdapat pelbagai permainan yang diadakan antaranya ialah galah panjang, Rounders, Ketinting, Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga, Boling Selipar, Batu Seremban, "Police & Thief" dan Lompat Getah. Berikut merupakan antara detik-detik sepanjang permainan dijalankan yang telah diadakan di padang sekolah.

































Semoga semua aktiviti yang dijalankan dapat memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan warga SKBJ.

No comments :

Post a Comment