SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

04 October 2018

PANORAMA SEK KEB FELDA BUKIT JALOR 2018.

Sekolah Kebangsaan (Felda) Bukit Jalor atau nama ringkasnya SK (Felda) Bukit Jalor, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Muhibah, Felda Bukit Jalor. Pada tahun 2016, SKBJ telah dipilih untuk menjadi Sekolah Transformasi bagi kohort yang pertama.


Senarai sekolah-sekolah di seluruh Malaysia yang terpilih sebagai Sekolah Transformasi bagi kohort yang pertama.

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
         -Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
         -Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
         -Guru yang kompeten dan berinspirasi tinggi
         -Komitmen komuniti yang padu

Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;

-Mengaplikasikan konsep dan amalan PdP terbaik;
- Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
 -Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Berikut antara panorama SKBJ yang bertunjangkan kepada program TS25.



























































No comments :

Post a Comment