SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

01 October 2018

Latihan Kebakaran SKBJ 2018.

Pada 18 September 2018, bertempat di Padang Sekolah telah diadakan demonstrasi memadam api menggunakan alat pemadam api. Demonstrasi ini adalah rentetan daripada latihan kebakaran yang diadakan pada peringkat sekolah. Terlebih dahulu murid-murid telah diberi penerangan mengenai cara menggunakan alat pemadam api dengan cara yang betul oleh pegawai bomba yang bertugas. Murid-murid juga berpeluang  untuk merasai sendiri menaiki jentera bomba yang dibawa ketika latihan diadakan.

 Latihan ini telah mendapat kerjasama daripada Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh. Seramai 8 orang ahli bomba dengan kekuatan satu jentera dan kereta sokongan telah bergegas datang setelah menerima panggilan kecemasan daripada pihak sekolah. Berikut merupakan antara aktiviti yang sempat dirakamkan sepanjang latihan tersebut diadakan.
















No comments :

Post a Comment