SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

01 October 2018

Majlis Restu Ilmu & Sumbangan Alat Tulis untuk Calon-calon UPSR/UPKK 2018

Pada 21 September 2018 bersamaan dengan hari Jumaat telah diadakan Majlis Restu Ilmu bagi murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan UPSR & UPKK pada tahun ini. Malis yang diadakan saban tahun ini telah diadakan di Surau Sekolah bermula jam 7.20 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al Kahfi dan Surah Yassin. Kemudiaannya ucapan daripada Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En Basri bin Haji Yosuf yang telah meniupkan semangat kepada calon-calon UPSR/UPKK pada tahun ini.

Selepas ucapan, sumbangan alat tulis telah diberikan kepada semua calon. Usai sumbangan diberikan, semua calon bersalaman dengan semua guru serta kakitangan sekolah memohon restu dan doa dalam mereka melangkah masuk ke dewan peperiksaan nanti. Berikut merupakan antara-antara momen-momen yang sempat dirakamkan ketika majlis ini diadakan.











































Diharap semua calon tenang dalam melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan nanti seterusnya dapat menjawab soalan dengan cemerlang secara tidak langsung akan menempa keputusan yang baik untuk diri dan sekolah.Doa dan harapan sentiasa mengiringi mereka ke dewan peperiksaan untuk menjawab dengan sebaik mungkin.

No comments :

Post a Comment